Sunday 16 December 2012

Buah Letup letup - Buah Yang Semakin Sukar di Temui



                                           Bunga Buah Letup Letup  
                                                                  Buah Letup Letup Muda Yang Berwarna Hijau 
Buah Letup Letup Yang Telah Matang

Isi Buah Letup Letup
 Jika anda yang berasal dari kampung dalam suasana bandaraya / bandar seperti Kampung Padang Jawa memang anda kurang mengenali pokok letup letup ini, namun ada juga yang pernah mengenali buah ini. Sekarang ini di Padang Jawa ianya agak sukar untuk dinikmati. Buah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan juga menjadi sebahagian memori indah pada mereka yang mengenalinya sewaktu kampung ini belum pesat membangun seperti sekarang.

Buah letup letup ini sukar dikomersilkan kerana kesukaran mendapatkan dalam kuantiti yang banyak.Jika dari segi rasa pula memang ia kurang nilai komersil tapi ianya unik dan menarik bagi sesetengah orang. Mari kita imbas kembali kenangan mengenai buah letup letup ini yang semakin sukar untuk kita nikmati. Bagi generasi sekarang kenalilah buah letup letup ini yang unik dan banyak khasiat.

 Pokok letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora Foetida adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar dan berfungsi sebagai tanaman penutup bumi. Ia juga mudah tumbuh di kawasan tanah terbiar.
Kenapa dipanggil buah ini dipanggil buah letup letup? Kerana apabila dipicit buah ni akan keluar bunyi meletup seakan-akan bunyi mercun pop-pop,tapi bunyi dia pelan la sikit.Sesetengah orang mungkin panggil buah ni dengan nama buah ulat bulu. Mungkin buah dilitupi dengan sarung kerawang berbulu apabila dipegang seakan bergetah dan melekit sedikit. 

Yang bestnya mengenai pokok ini adalah terletak pada buahnya. Warna buah ini  akan bertukar cerah kekuningan dengan bau yang harum apabila telah matang. Bila di makan akan terasa kemanisannya. Pokok Letup Letup ini juga boleh merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk. Petua dibawah ini didapati pada blog petuasejagat.blogspot.com.

A. Gatal Pada Kulit


1. Ambil beberapa batang pokok letup-letup.Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok letup-letup. Termasuklah bahagian akarnya sekali.
2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.
3. Kemudian, rebuskan pokok letup-letup sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.
5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.

 B. Melegakan Batuk
1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.
2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.

 C. Merawat Luka
1. Dapatkan beberapa helai daun pokok letup-letup.
2. Bersihkan daun letup-letup tadi dan lumatkannya.
3. Bubuh atau tepek daun yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.

Selamat Mencuba!

Saturday 8 December 2012

Nostalgia "Wayang Pacak" atau "Wayang Penerangan"

Nostalgia Wayang Pacak Atau Wayang Penerangan


Unit Bergerak dan Wayang Gambar Jabatan Penerangan Malaysia


“Wayang pacak merupakan pertunjukan wayang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia. Ianya adalah tayangan gambar dimulakan sekitar jam 8.00 malam menggunakan generator yang dibawa. Ketika itu tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung. Sambutan daripada penduduk kampung memang menggalakkan terutama sekali di kalangan kanak-kanak.”

Jabatan menjadi terkenal dengan unit-unit bergeraknya yang boleh didapati di seluruh negara. Fungsi Unit Bergerak telah digariskan di dalam surat rasmi arahan Jabatan bertarikh 20 Mei 1946 (Department Instruction No. 2). Tugas-tugas Unit Bergerak adalah seperti berikut ;
  • Memberi penerangan dan nasihat yang sebenar kepada orang ramai.
  • Membina perhubungan baik di antara orang ramai dan kerajaan serta berkerjasama dengan pegawai-pegawai tempatan.
  • Menjalin hubungan baik di antara orang ramai dan Unit-unit Bergerak Jabatan.
  • Mendapatkan maklum balas dari orang ramai kepada kerajaan.
  • Menyediakan laporan tentang hubungan mereka dengan orang ramai.
Wayang gambar adalah aktiviti Jabatan yang amat popular pada masa dahulu. Di setiap negeri terdapat Unit-unit Bergerak yang dilengkapi dengan projector 16 mm. State Public Relations Officer dan anggota jabatan amat popular di negeri masing-masing kerana merekalah yang sering menjelajah ke seluruh negeri bersama Unit-unit Bergerak untuk memberi ceramah dan mengadakan pertunjukan wayang gambar. Unit-unit ini menjelajah ke segenap tempat untuk mengadakan pertunjukan wayang gambar yang biasanya diadakan di tempat-tempat orang ramai berkumpul terutama di padang-padang sekolah.

Sumber Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia,

 Kakitangan Jabatan Penerangan Menjalankan Tugas Mereka Untuk Negara
Sumber foto daripada Internet.

 Projector Tayangan Gambar
Sumber gambar daripada internet dan blog nassuryibrahim


DEKAD 60-an dan 70-an dulu, tayangan gambar 'wayang pacak' Jabatan Penerangan (ketika itu dikenali Jabatan Perhubungan Raya) menjadi satu medium utama kerajaan untuk menyampaikan maklumat sambil berhibur secara langsung kepada rakyat khususnya di kampung. Zaman tu tak ada TV dan Internet di kampung-kampung. Yang ada, cuma radio.
 Jabatan Penerangan hanya menggunakan peralatan yang agak simple seperti janakuasa, kain layar bertiang besi yang diperbuat daripada kain putih, projektor dan filem 16mm pada era tersebut. Bagaimanapun, perlatan-peralatan itu mungkin yang terbaik dan paling sesuai pada zamannya.
"Wayang Pacak" mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kampung-kampung pada era tahun 60an dan 70an. Penduduk kampong tidak memanggilnya "Wayang Pacak", tetapi mereka memanggilnya sebagai "Wayang Penerangan".
 
DiKampung Padang Jawa pertunjukkan tayangan wayang pacak ini diadakan di persimpangan Jalan Padang. Lokasi yang tepat sekarang ini adalah dihadapan pintu masuk Dewan Orang Ramai Padang Jawa. Kakitangan Jabatan Penerangan akan tiba kira jam 6 petang dan akan membuat persiapan menaikkan kain layar dan bertiangkan 2 batang besi. Generator akan ditarik jauh sedikit daripada Van Jabatan Penerangan kerana tidak mahu bunyi bising generator itu menganggu peti suara. Selesai saja kerja kerja persiapan untuk tayangan malam nanti lagu patriotik akan dimainkan. 
Menjelang malam yang pastinya  warga kampong akan keluar menuju ketempat pertunjukkan sambil menjenjeng tikar mengkuang atau kertas surat khabar sebab tak disediakan kerusi.  Kalau tak bawa tikar atau kertas surat khabar, alamat duduk atas rumput atau tanah atau atas jalan raya,  kalau basah habis punggung. Seronok duduk ramai-ramai atas tikar / kertas surat khabar sambil mendongak melihat layar putih yang terpampang di hadapan mata, serta menjamu selera dengan kekacang dan air minuman yang dibawa daripada rumah atau pun dibeli di Kedai Wak Lurah Jenal atau Kedai Pak Abu. 

Pada kebiasanya Pegawai Penerangan memulakan tayangan wayang gambar diantara jam 7.30 – 8.00 malam. Tayangan itu dimulakan dengan filem-filem pendek atau trailer, kemudian diikuti pula oleh filem-filem dokumentari dan seterusnya filem-filem berbentuk cerita. Lampu dinyalakan dan tayangan dihentikan seketika semasa tayangan filem yang terakhir (biasanya filem berbentuk cerita) bagi membolehkan Pegawai Penerangan menyampaikan ceramah pendek. Inilah masanya orang-orang kampung mendengar  khabar dari kerajaan mengenai polisi, dan usaha-usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat, penyelesaian masaalah rakyat dan lain-lain. Selepas ceramah baharulah filem terakhir disambung semula sehingga selesai.

Kebanyakan filem yang ditayangkan adalah filem hitam putih terbitan Filem Negara yang berbentuk dokumentari dan filem-filen berbentuk cerita seperti Kebanyakan filem yang ditayangkan bukannya setakat untuk hiburan semata-mata, tetapi mengandungi mesej-mesej tertentu yang bersesuaian dengan keadaan pada zaman itu. Penduduk kampung amat terhibur menonton tayangan wayang gambar Jabatan Penerangan kerana mereka tidak mempunyai pilihan yang banyak untuk mendapat hiburan dan maklumat yang sahih.
.
Semasa mengadakan tayangan wayang gambar, Pegawai Penerangan juga biasanya membawa buah tangan yang mengandungi pelbagai maklumat seperti risalah, buku kecil, poster dan sebagainya untuk diedarkan kepada orang ramai.

Aku masih ingat, sebelum wayang sebenar bermula, pihak jabatan penerangan menayangkan kisah mengenai tanam semula getah, ada juga mengenai seruan menyertai pasukan tentera yang segak, menggunakan senjata kisah ni memang banyak mengajar kita bahawa komunis memang kejam dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang mertarung nyawa untuk keamanan negara kita.

Lecehnya adalah tengah babak-babak yang best best dan suspens, masa tulah tayangan tergendala. Ada saja alasan. Masaalah projectorlah, filem putus lah, dan ada lagi beberapa alasan. Ketika Operator Wayang Gambar memperbaiki kerosakkan teknikal, kena dengar kejap ceramah Pegawai Penerangan daripada Jabatan Penerangan.

Penonton berasa seronok apabila tayangan filem terutama filem hindustan seperti Bobby, Heeti Mere Sathi di samping filem arahan dan lakonan Seniman Agung Tan Sri P Ramlee serta drama Dayang Suhana terbitan Filem Negara Malaysia (FNM).

Namun kata orang, 'langit tidak selalu cerah', dengan tiba-tiba hujan ribut turun. Kasihan Pegawai Penerangan bersama-sama Operator Wayang Gambar bermandikan hujan terpaksa berhempas pulas mengemaskan layar putih dan menyimpan tiang besi yang agak berat. Apa lagi generator yang memberikan kuasa elektrik terpaksa dijinjing agak jauh untuk disimpan di dalam van. Jika keadaan ini berlaku maka “frustlah” orang kampong kerana “show” terpaksa dibatalkan. Entah bila akan datang lagi.
Zaman itu jika nak dibandingkan populariti diantara pegawai pegawai kerajaan, rasanya Pegawai Penerangan dan Operator Wayang Gambar lebih dikenali oleh orang kampong berbanding sesetengah pegawai kerajaan yang lain.