Monday 30 April 2012

Sejarah Kampung Padang Jawa Klang Part 8 - Balai Raya Kampung Padang Jawa

Inilah salah satu tempat diKampung Padang Jawa dimana Balai Raya dijadikan premis kepimpinan anak anak Kampung Padang Jawa berkarya berbakti setakat yang mampu untuk mengerakkan perpaduan, pelajaran, minda, politik, agama, kebudayaan dan lain lain lagi kepada gulungan tak kira samada kanak kanak, remaja dan orang dewasa agar usaha usaha yang dicurahkan oleh mereka kepada warga Kampung Padang Jawa akan membuahkan atau menjadikan mereka insan yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan tanah air.

Balai Raya Kampung Padang Jawa telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Dato Harun bin Hj Idris pada 20 Mac 1965.

Pada tahun 1967 oleh kerana sekolah kebangsaan Kampung Padang Jawa tidak dapat menampung jumlah pelajar, maka balai raya telah digunakan untuk menempatkan murid darjah 5 dan darjah 6.Dalam tahun itu darjah enam dimulakan dengan murid seramai 15 orang.

Gambar Balai Raya Kampung Padang Jawa Yang Awal  
Bangunan ini telah diruntuhkan dan di gantikan dengan Dewan MPSA Padang Jawa
Gambar ini diambil dalam tahun 70an,mereka ini adalah kanak kanak tapi sekarang ini 2012 kebanyakkan kanak kanak ini telah berumur rata rata 50an mungkin ramai yang telah bercucu. Gambar 3 orang muda di barisan belakang Tn Hj Mohd Yusuf Hj Zainal dan Tn Hj Abd Hamed Saharuddin berumur 60 tahun manakala Sdra Mohammad Suradi Mohd Saher telah mencapai 70 tahun. 

Gambar ini pula adalah warga muda Kampung Padang Jawa diantaranya mereka yang berjiwa besar dalam membangunkan Kampung Padang Jawa. 90% mereka ini telah bergelar Datuk dan Nenek yang girang mengira jumlah cucu yang mereka ada. Ada diantara mereka ini pula telah kembali kerahmatullah. Kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam bacakan Alfatihah.

Gambar Terkini Mei 2012 Dewan MBSA Padang Jawa dibina atas tapak Balai Raya..

   

No comments:

Post a Comment