Monday 30 April 2012

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 6 - Jalan Wetan ditukarnamanya ke Jalan Bilal Wondo

Gambar ini adalah rakan rakan  Sdra.Jamal Samidin yang pulang membawa hantaran balas dihari perkahwinan beliau dengan Allahyarhamah Puan Hawa Ali. Posisi gambar ini diambil dihadapan rumah Allahyarham Hj Zainuddin (dalam gambar ada pokok kelapa) disebelah kiri Jejambat Jalan Besar Padang Jawa (sekarang ini). Cerita yang hendak disampaikan melalui gambar ini adalah kawasan ini di namakan Wetan (sekarang ini Padang Jawa Petaling). Dulu dulu tidak ada jalan melainkan berjalan kaki diatas trek kereta api atau lorong kecil disebelah kanan trek kereta api.(rujuk dalam gambar). Begitu juga bagi mereka yang menunggang basikal atau motosikal (zaman itu amat jarang yang ada motosikal) menggunakan lorong tersebut. Jika ke Kulon boleh berjalan kaki atas trek kereta api atau berbasikal, motosikal dilorong sebelah kiri (rujuk gambar.).

Diatas usaha muafakat orang kampung sebelah Wetan memberi kebenaran mengunakan tanah mereka maka wujudlah jalan pada asalnya dinamakan Jalan Wetan kemudian nya di tukar kepada Jalan Bilal Wondo yang kekal hingga sekarang.   

Dikemas kini Mei 2012

 Gambar ini diambil pada lokasi yang serupa dengan gambar diatas.

No comments:

Post a Comment