Saturday 9 June 2012

Lawatan Ke Ho Chi Min (Saigon), Vietnam Pada 26hb - 29hb Mei 2012

1. 26hb Mei 2012, Terminal Lapangan Terbang LCCT, Sepang
Semua peserta rombongan Air Asia AK886 memereksa tag nama dibeg masing masing sebelum berlepas ke Ho Chi Min ( Saigon) pada 12.45 tengah hari.

2. Lapangan Terbang Tan Soon Nhat.di Ho Chi Minh (Saigon)

  
Setelah dua jam dalam penerbangan kami mendarat diLapangan Terbang Tan Soon Nhat, HoChi Mint. Para peserta rombongan berkumpul sambil menunggu bagasi masing masing. 
Bergambar dikawasan free duty shop.
Bergambar diluar kawasan airport sambil menunggu bas ke hotel.

3. Di sekitar Hotel Le Duy 

 
Di hadapan hotel dan Lobby Hotel.
4. Aktiviti Shopping di Ben Thant.

Kedudukan Hotel dengan tempat membeli belah Ben Thant lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Memanglah pada mula mula sampai tak tahu mana arah tempat shopping ini.Kalau dah tahu selagi tak tutup tempat ini maka ramailah pelancong daripada Malaysia akan berbelanja. Belah malam ada pulak pasar malam dikawasan tersebut. Dah lah kebanyakkan peniaga pandai bertutur dalam bahasa malaysia, kalau tak ada mata wang Dong atau US, mereka terima Ringgit.
Shopping Di Pasar Ben Thant
Aktiviti Pasar Malam di Ben Thant
Jalan raya dalam Bandar di penuhi dengan motosikal.

5. Muzium Tinggalan Peperangan
  
6. Bab Makanan Halal . Pasal makanan halal tak menjadi masalah kerana orang Veitnam keturunan Melayu Campa berusaha menambahkan bilangan tempat makan halal. Gambar gambar dibawah ini adalah makanan 100% halal
 
Yang gambar bawah ini Tak Halal
7. Terowong Chu Chi.
Terowong Cu Chi terletak di DaerahCuchi, terletak 70 km utara dari pusat Bandar Ho Chi Min (Saigon) Veitnam.. Ia telah dibangunkan ketika era Perang Veitnam berlangsung oleh pemimpin dan pasukan Komunis Vietnam sebagai salah satu kaedah berlindung dan menyelamatkan diri dari serangan musuh. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan tidak dapat menghancurkan sistem ini. Daerah Cu Chi dahulunya merupakan kawasan hutan digunakan sebagai kubu pertahanan tentera komunis menentang tentera Amerika. Dikawasan ini terdapat banyak jerangkap samar yang dipasang oleh tentera veitcong. Hari ini, sistem terowong ini dijadikan aset pelancongan yang popular di Vietnam.

Sedikit Info mengenai Veitnam.

1955 - Penjajah America keluar dari Vietnam
1963 - Pergolakan politik dalaman
1964 - America menjajah Vietnam semula
1965 - Perang tercetus antara America, Komunis & Vietnamese
1975 - Vietnam merdeka


Pengembaraan menjelajah kawasan ni bermula dengan sesi menonton rakaman video ketika peperangan dahulu. Memang teruja sangat tengok video ni kerana selama ini ditanah air kita hanya menonton filem peperanagan Veitnam dengan versi kehebatan Amerika. Masyarakat Vietnam zaman dahulu sangat patriotic untuk Negara mereka dan menghalau penjajah. Mereka menentang habis2an musuh mereka. Baik lelaki, wanita, dan kanak2, masing2 tak kenal erti takut.. Semuanya bangun menentang musuh2 mereka dan jika sesiapa yang gugur ketika perang, mereka diangkat sebagai pahlawan Vietnam sejati.. Mereka berperang menggunakan senjata yang dibuat sendiri. Termasuk bom, jerangkap samar, senapang, parang dan sebagainya. 

Di kawasan Chu-Chi Tunnel ni ada ditunjukkan peralatan2 yang mereka gunakan masa zaman perang dahulu dan juga ditunjukkan macam mana mereka buat senjata2 ini. Semuanya mereka buat di dalam terowong bawah tanah.

Terowong bawah tanah ini ibaratnya seperti sebuah perkampungan besar. Semua ada di dalam terowong ni, seperti tempat tinggal, tempat masak, tempat simpan senjata, tempat buat senjata, hospital, tempat mesyuarat  dan sebagainya. Ditunjukkan bagaimana mereka memasak makanan Terowong ni sangat panjang,dan ada banyak pintu pintu masuk ke dalam terowong .Sistem pengudaraan nya sangat bagus, sememangnya tak kan ada yang lemas.Para pelancong diberi peluang untuk mencuba makan ubi rebus dengan air teh hijau daun pandan secara percuma. Ubi rebus adalah makanan ruji ketika zaman perang dulu.

Galeri senjata pejuang pejuang Veitnam
 Jerangkap samar menanti tentera Amerika

Mencuba memasuki lubang yang kecil ke terowong
                       Lubang di tutup dengan daun kering.                        Lubang untuk udara masuk
                                                                                                         ke terowong ditepi busut