Friday 31 August 2012

Tuesday 28 August 2012

Kasihan Tok Ketua


                                                                        Charlie Brown

Baru baru ini pada satu pagi kereta aku buat hal "on the way to KL", "rediator bocor", jadi aku singgahlah sebentar direstoran mamak berhampiran trafik light masuk ke kampung ku. Jadi aku pun singgah sebentar, parking berhampiran restoran tersebut untuk menyejukkan engin kereta ku sambil berfikir nak hantar kat workshop mana untuk diperbaiki.

Sambil berehat ditepi kereta aku ternampak orang yang aku kenal, rakan sekampung dulu, sama sebaya aku dalam restoran tersebut yang pegang jawatan agak tinggi. Tok Ketua lah, kan glamour, tengah minum sambil menghisap rokoknya.

Kasihan Tok Ketua, breakfast sorang sorang diri tak berteman............Dulu masa berkempen fulamak habis suku sakat, puak Jawa turun bagai iklan demokrasi sekarang "Saya pilih mengundi".

Kasihan Tok Ketua breakfast sorang sorang diri tak berteman....... Kalau macam itu hanya dua martabat saja - pertama orang tak suka dan kedua kurang duit nak belanja warga kampung atau kedekut

.Kasihan Tok Ketua breakfast sorang sorang diri tak berteman.......Dengor juga ada panglima, hulubalang dan betara yang kena singkir tak ikut perintah.

Kasihan Tok Ketua breakfast sorang sorang diri tak berteman..........Teringat masa zaman aku remaja dulu Tok Ketua memanglah tak macam kami yang "regular" duduk disimpang, dibalai raya,dimasjid, di padang bola, aktif dalam persatuan belia serta lain lain lagi. Memang ada tu ada Tok Ketua zaman mudanya muncul ditempat tempat yang disebutkan tadi tapi hanya "occassion" sajalah. Tak caya boleh tengok gambar gambar lama dalam blog ini, ada tak wajah Tok Ketua. 

 Kasihan Tok Ketua breakfast sorang sorang diri tak berteman.........Sekarang ini musim open house. Satu masa dulu Tok Ketua ajak NGO kampong,kongsi  kongsi jamu warga kampung. Bagus program yang dirancang.  Aku pun dapat jemputan dengan kad. Ada Class you!!!! tapi tahun berikutnya Tok Ketua buat open house solo kat rumahnya. Jemput orang kampong pun melalui internet aja. Tahun ini 2012 belum dengar lagi style dan lagu mana Tok Ketua nak buat acara jamu.   

Sunday 26 August 2012

Baraan, Ziarah Dan Open House


 
Ziarah Raya dirumah adik ku Mohd Said Hj Ismail di Cahaya Alam Sek 7 Shah Alam
Fulamak Jamuan Raya ala Mexico Tortilla Roll
Pulun habis Tortilla Mexico
Zaman sekarang anak anak tak reti "Ngapuro" Di Hari Raya
Ziarah Raya di Rumah Osman dan Rosni di Flat Sek 16 Shah Alam
 Open House Tn Hj Cikgu Rosli dari Andalas

Thursday 16 August 2012

Salam Aidilfitri




Nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada semua kawan kawan, kenalan khususnya warga Kampung Padang Jawa terutamanya yang seangkatan, saudara mara ku.dan pengunjung blog ini.Terima kasih kerana sudi membaca blog ini .

Semoga dengan ketibaan Syawal 1433 ini akan membuka lembaran baru kepada kita semua dan masa hadapan kita lebih cerah dengan negara yang aman makmur, masyarakat bersatu padu serta harmoni dan semakin berkembangnya syiar islam di bumi bertuah Malaysia ini nanti.

Kepada mereka yang balik kampung mengunjungi keluarga sebelah suami/isteri Drive Carefully, Ingatlah Orang Yang Tersayang.