Monday 26 November 2012

Sejarah Kampung Padag Jawa Part 15 - Tahun 1930an - Lima Orang Kanak kanak Perempuan Pertama Daripada Kampung Padang Jawa Klang Ke Sekolah.

Ibu saya Hjh Kamsiah bt Mahmud pernah bercerita kisahnya kesekolah pada tahun 1930an. Era itu hanya 5 orang kanak kanak perempuan pertama daripada Kampung Padang Jawa yang bersekolah diSekolah Pengkalan Batu Klang (lokasi Belakang Masjid India) Klang. Sekolah tersebut dijadikan sekolah murid murid perempuan sahaja menakala murid murid lelaki bersekolah di Sekolah Mekayu Laki Laki Klang. Pada masa itu amat jarang anak perempuan khususnya orang melayu menghantar anak anak mereka untuk bersekolah. Mereka akan berulang alik menaiki kereta api daripada Setesen Padang Jawa hingga ke Setesen Klang dan berjalan kaki ke sekolah.

Zaman 30an Kampung Padang Jawa ketika itu adalah kampung yang terpencil daripada bandar Klang. Suasana kampung bukannya macam sekarang. Penduduknya pula tidaklah seramai seperti sekarang ini. Diantara mereka kanak kanak perempuan yang bersekolah itu adalah :-

                                                     1. Allahyarhamah Hajjah Shamsiah bt Hj Hassan
                                                     2. Allahyarhamah Hajjah Zainah bt Hj Hassan
                                                     3. Allahyarhamah Salbiah bt Mahmud
                                                     4. Puan Hajjah Kamsiah bt Mahmud
                                                     5. Puan Hajjah Jamilah bt Ali Hashim 

                                       Allahyarhamah  Hjh Shamsiah Hj Hassan    Allahyarhamah Hjh Zainah Hj Hassan 
 
                                                           Hjh Kamsiah Mahmud             Hjh Jamilah Ali Hashim.
                                                      Setakat hari ini rencana ini ditulis kedua mereka masih hidup.
                                                      Gambar Salbiah Mahmud masih tak dapat saya cari lagi

Ada juga gossip gossip orang kampong yang menyatakan apalah guna anak perempuan disekolahkan. Bila kahwin nanti kan akan mengikut suami mereka.

Saturday 24 November 2012

Pokok Berangan - Pokok Jenis ini Telah Lama Pupus Di Kampung Ku



Kg. Berangan.(dalam Padang Jawa Klang)

Terletak disatu kawasan dalam Kampung Padang Jawa asalnya di terokai oleh dua beradik Tok Pakar, Tok Tahir dan sepupunya Hj Sulaiman sekitar tahun 1870an. Pada masa itu terdapat sepohon sahaja pokok tersebut. Kawasan tersebut juga dikenali sebagai dusun buah-buahan seperti manggis, durian, langsat dan sebagainya. Menurut ibu saya Pn Hjh Kamsiah bt Mahmud 84 tahun pokok tersebut masih dapat dilihat sehingga tahun 1940an terletak pada tanah Lot 1560 kampung ini. Sekarang ini kawasan tersebut dikenali sebagai Jalan Berangan.

Info Buah Berangan

Nama Tempatan:Berangan
Nama Saintifik:Castanopsis argentea (BL.) DC.
Nama Lain:Castanopsis Inermis, Malayan Chestnut,Philippine chestnut (Philippines), Indian chestnut (India), Thite (Burma),

Berangan merupakan sejenis pokok balak yang apabila matang diameter batangnya berukuran sekitar 24 inci hingga maksimum 45 inci.Ketinggiannya pula boleh mencapai sehingga 100 kaki.
Buahnya merupakan jenis kekacang yang sedap dan biasa dipanggil Chestnut.Buahnya yang telah matang digoreng menggunakan pasir. rasanya lemak, rangup dan sedap.

Makan mentah, rasanya lemak dan tidaklah enak dimakan banyak berbanding dengan berangan yang digoreng.Buah berangan ini macam juga buah getah yang mana bila masak ia akan meletup dan melontarkan bijinya ketanah.

Pantun
 Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu,
Luka ditangan nampak berdarah,
Luka dihati siapa yang tahu.

Sumber foto dan Info Berangan :-
- menuscript Hj Zainal Hj Hassan 1953
- melur.com
- thecoloursofmylife-sue.blogspot.com,
- sungaibatuderelong.blogspot.com 
- online utility org
- mokohiro blogspot com

Pokok Berangan Di Tanam DiHalaman Rumah. Putik Buah Berangan lebat berbuah.

Cantik Ladang Pokok Berangan
Pokok Berangan sedang berbunga.
Setelah proses berbunga pokok berangan mengeluarkan putik buah berangan
Buah Berangan mula matang
 Buah buah berangan yang telah matang

Thursday 22 November 2012

Dulu Kampung Berangan Banyak Pokok Manggis - Kini telah Pupus Di Kampung Ku

Dulu Kampung Berangan kini Jalan Berangan memang banyak pokok manggis dan buah buahan yang lain. Kini boleh dikatakan hampir tiada lagi pokok manggis kerana pembangunan.Kalau adapun sebatang dua yang sudah tidak berbuah lebih kurang 20 tahun. Untuk menambahkan pengetahuan bacalah yang tertulis dibawah :-
                                                              Pokok Manggis      

                                            Bunga Manggis                       Buah Manggis Muda
                                                     Buah Manggis Yang Dah Cukup Masak

Info Buah Manggis.

Indeks 1 :
               Hijau kekuningan dengan sedikit kesan merah.

Indeks 2
              Hijau kekuningan dengan sedikit kesan kemerahan. Kulit buah     apabila dipotong masih lagi mengandungi lateks kuning dan isinya masih melekat kuat pada kulit. Mutu buah yang dipetik pada peringkat ini tidak dapat diterima.

Indeks 3
              Merah kekuningan dengan tompok-tompok kemerahan sekeliling buah. Kandungan lateks dalam kulit berkurangan sedikit dan bahagian ini masih tidak mudah dipisahkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sedia untuk dihidangkan selepas 3-4 hari diperam pada keadaan ambien. Indeks warna ini adalah peringkat yang paling awal sesuai bagi memetik buah.
Indeks 4
Keseluruhan kulit buah berwarna kemerahan dengan tompok-tompok merah yang jelas. Lateks masih terdapat dalam kulit manakala isi boleh diasingkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sesuai untuk pasaran

Indeks 5
Coklat kemerahan pada seluruh permukaan kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah boleh dihidangkan tetapi kulitnya yang tebal masih mengandungi lateks. Untuk eksport, buah mestilah dipetik tidak melampaui peringkat ini.

Indeks 6
Kemerahan pada seluruh permukaan buah. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah sedia untuk hidangan kerana mutu dan citarasanya adalah memuaskan. Isi dan kulit mudah diasingkan manakala kulit sudah tidak mengandungi lateks lagi.

Ungu Gelap atau kehitaman pada seluruhpermukaan kulit. Buah pada peringkat ini adalah terlalu masak.


Sumber info dan gambar wikipedia.org/Manggis, pokok-manggis.blogspot