Tuesday 20 November 2012

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 13 - Guru Besar Pertama SK Padang Jawa 1954 - Cikgu Kassim Makmor

                         

Maaf gambar yang diambil pada 1968 tidak berapa baik. 

Allahyarham Cikgu Kassim b Makmor adalah anak jati kelahiran Kampung Padang Jawa. Mempunyai pertalian darah dengan keluarga peneroka awal Kampung Padang Jawa iaitu Tok Pakar, Tok Tahir & Hj Sulaiman.

Zaman remajanya merupakan pemuda yang minat dalam menimba ilmu pelajaran sehingga menjadi seorang guru dan mengajar dibanyak sekolah dalam Selangor. Beliau pernah menjawat jawatan Guru Besar pertama di SK Padang Jawa ( dulu dikenali Sekolah Umum Kampung Padang Jawa,Klang pada 1954).

Setelah bersara beliau kembali ke kampung bergiat cergas terhadap aktiviti masyarakat termasuklah menerajui Ketua Cawangan UMNO Padang Jawa sehingga beliau meninggal dunia. Tarikh sebenar beliau meninggal dunia  sudah agak lupa.


No comments:

Post a Comment