Monday 19 November 2012

Hj Mat Raji Bin Marto

.
Ini adalah wajah Allahyarham Hj Mat Raji bin Marto. Info ini saya tujukan kepada penulis blog JKKK Padang Jawa Petaling yang menulis profail kampung, dan warga Kampung Padang Jawa yang ingin tahu asal usul Jalan Mat Raji.

Nama beliau diabadikan sebagai Jalan Mat Raji oleh kepimpinan kampung terdahulu sebagai mengenang jasa beliau bersama rakan rakan yang lain, mengorek parit disepanjang jalan tersebut. Sekarang ini parit tersebut telah dinaik taraf kepada parit konkrit.

Perlu diketahui pada zaman 60an / 70an Jalan Mat Raji adalah lorong tikus atau jalan denai yang hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki dan berbasikal sahaja. Masa itu tak ramai yang mempunyai motosikal. Rumah penduduk pula tidaklah seperti sekarang. Bilangannya boleh dikira dengan jari.

Tanah parit yang digali oleh Mat Raji & rakan rakannya dilemparkan ke jalan atas  lorong tikus atau denai itu menjadikan lorong /jalan tersebut melebar sedikit demi sedikit. Apabila tanah tersebut telah kering maka dapat dilihat ada keperluan lorong / jalan perlu dinaik taraf. Atas usaha kepimpinan kampung terdahulu maka dipohon tanah merah / gravel untuk membuat jalan. Jalan Mat Raji telah dinaik taraf berturap tar kira kira dalam tahun 1976.

Dengan terbinanya jalan pada awal 70an itu diJalan Mat Raji maka berkembanglah pembangunan dikiri kanan jalan tersebut dengan deretan rumah sewa,kedai dan sebagainya.  

Biodata Allahyarham Hj Mat Raji Bin Marto. 

Pekerjaan :-    Hj Mat Raji bin Marto pernah bekerja diLembaga Pelabuhan Klang dibahagian Cargo Handling sebagai Mandoor.

Keluarga : -    Hj Mat Raji b Marto telah berkahwin dengan Puan Maharom bt Mahamud serta dikurniakan 4 orang anak. Tiga lelaki dan satu perempuan. Mereka adalah :-


Hassan Bin Mat Raji.

Allahyarham Hassan bin Mat Raji, pernah bekerja di Kilang Matshusita di Shah Alam. Minat dalam aktiviti kampung, seni lakun dan lain lain lagi. Membujang hingga beliau meninggal dunia pada tahun 2004

                                                                                   




Hjh Fatimah bt Hj Mat Raji.

Zaman mudanya aktif dalam gerakan belia dan wanita. Setelah berkahwin dengan Allahyarham Hj Mohd Taib@Tubin bin Abdullah Hassan, beliau mengikuti suaminya menetap di Sg Air Tawar, Sabak Bernam.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Suaminya telah meninggal pada Jun 2012.



    Tn Hj Selamat bin Hj Mat Raji                                                                   
Di lahirkan pada 1950. Pernah bekerja di Lembaga Pelabuhan Klang dari 1970 sehingga bersara pada 2005. Beliau pernah berkecimpong dengan kegiatan Kesatuan Sekerja di LPK/KPM. Semasa mudanya di kampung beliau aktif dalam pelbagai kegiatan masyarakat dan pertubuhan.Antaranya kegiatan dan pergerakan belia, pernah menyandang Setiausaha JKKK Padang Jawa Petaling dari 1978 - 2003 dan bidang yang amat digemarinya adalah Silat Seni Gayung. Beliau masih lagi aktif dalam badan tersebut yang diceburi sejak dari tahun 1970. Berkahwin dengan Puan Hafsah dikurniakan 6 orang anak dan 2 orang cucu.

Sdra Abdul Manaf bin Hj Mat Raji.

Semasa dikampung dahulu beliau bergiat dalam aktiviti belia dan handal bermain bolasepak. Pernah bekerja di Univeriti Kebangsaan Malaysia. Kini beliau dan keluarganya menetap di Bangi, Selangor.Abdul Manaf Hj Mat Raji telah berkahwin dengan Puan Fauziah dan kurniakan dengan 5 orang anak dan seorang cucu.



1 comment:

  1. Assalamualaikum Warahmatullah,

    SubhanAllah, nama saya juga Fatimah Binti Matraji ^^.

    ReplyDelete