Saturday, 24 November 2012

Pokok Berangan - Pokok Jenis ini Telah Lama Pupus Di Kampung Ku



Kg. Berangan.(dalam Padang Jawa Klang)

Terletak disatu kawasan dalam Kampung Padang Jawa asalnya di terokai oleh dua beradik Tok Pakar, Tok Tahir dan sepupunya Hj Sulaiman sekitar tahun 1870an. Pada masa itu terdapat sepohon sahaja pokok tersebut. Kawasan tersebut juga dikenali sebagai dusun buah-buahan seperti manggis, durian, langsat dan sebagainya. Menurut ibu saya Pn Hjh Kamsiah bt Mahmud 84 tahun pokok tersebut masih dapat dilihat sehingga tahun 1940an terletak pada tanah Lot 1560 kampung ini. Sekarang ini kawasan tersebut dikenali sebagai Jalan Berangan.

Info Buah Berangan

Nama Tempatan:Berangan
Nama Saintifik:Castanopsis argentea (BL.) DC.
Nama Lain:Castanopsis Inermis, Malayan Chestnut,Philippine chestnut (Philippines), Indian chestnut (India), Thite (Burma),

Berangan merupakan sejenis pokok balak yang apabila matang diameter batangnya berukuran sekitar 24 inci hingga maksimum 45 inci.Ketinggiannya pula boleh mencapai sehingga 100 kaki.
Buahnya merupakan jenis kekacang yang sedap dan biasa dipanggil Chestnut.Buahnya yang telah matang digoreng menggunakan pasir. rasanya lemak, rangup dan sedap.

Makan mentah, rasanya lemak dan tidaklah enak dimakan banyak berbanding dengan berangan yang digoreng.Buah berangan ini macam juga buah getah yang mana bila masak ia akan meletup dan melontarkan bijinya ketanah.

Pantun
 Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu,
Luka ditangan nampak berdarah,
Luka dihati siapa yang tahu.

Sumber foto dan Info Berangan :-
- menuscript Hj Zainal Hj Hassan 1953
- melur.com
- thecoloursofmylife-sue.blogspot.com,
- sungaibatuderelong.blogspot.com 
- online utility org
- mokohiro blogspot com

Pokok Berangan Di Tanam DiHalaman Rumah. Putik Buah Berangan lebat berbuah.

Cantik Ladang Pokok Berangan
Pokok Berangan sedang berbunga.
Setelah proses berbunga pokok berangan mengeluarkan putik buah berangan
Buah Berangan mula matang
 Buah buah berangan yang telah matang

No comments:

Post a Comment