Sunday 16 December 2012

Buah Letup letup - Buah Yang Semakin Sukar di Temui



                                           Bunga Buah Letup Letup  
                                                                  Buah Letup Letup Muda Yang Berwarna Hijau 
Buah Letup Letup Yang Telah Matang

Isi Buah Letup Letup
 Jika anda yang berasal dari kampung dalam suasana bandaraya / bandar seperti Kampung Padang Jawa memang anda kurang mengenali pokok letup letup ini, namun ada juga yang pernah mengenali buah ini. Sekarang ini di Padang Jawa ianya agak sukar untuk dinikmati. Buah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan juga menjadi sebahagian memori indah pada mereka yang mengenalinya sewaktu kampung ini belum pesat membangun seperti sekarang.

Buah letup letup ini sukar dikomersilkan kerana kesukaran mendapatkan dalam kuantiti yang banyak.Jika dari segi rasa pula memang ia kurang nilai komersil tapi ianya unik dan menarik bagi sesetengah orang. Mari kita imbas kembali kenangan mengenai buah letup letup ini yang semakin sukar untuk kita nikmati. Bagi generasi sekarang kenalilah buah letup letup ini yang unik dan banyak khasiat.

 Pokok letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora Foetida adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar dan berfungsi sebagai tanaman penutup bumi. Ia juga mudah tumbuh di kawasan tanah terbiar.
Kenapa dipanggil buah ini dipanggil buah letup letup? Kerana apabila dipicit buah ni akan keluar bunyi meletup seakan-akan bunyi mercun pop-pop,tapi bunyi dia pelan la sikit.Sesetengah orang mungkin panggil buah ni dengan nama buah ulat bulu. Mungkin buah dilitupi dengan sarung kerawang berbulu apabila dipegang seakan bergetah dan melekit sedikit. 

Yang bestnya mengenai pokok ini adalah terletak pada buahnya. Warna buah ini  akan bertukar cerah kekuningan dengan bau yang harum apabila telah matang. Bila di makan akan terasa kemanisannya. Pokok Letup Letup ini juga boleh merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk. Petua dibawah ini didapati pada blog petuasejagat.blogspot.com.

A. Gatal Pada Kulit


1. Ambil beberapa batang pokok letup-letup.Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok letup-letup. Termasuklah bahagian akarnya sekali.
2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.
3. Kemudian, rebuskan pokok letup-letup sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.
5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.

 B. Melegakan Batuk
1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.
2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.

 C. Merawat Luka
1. Dapatkan beberapa helai daun pokok letup-letup.
2. Bersihkan daun letup-letup tadi dan lumatkannya.
3. Bubuh atau tepek daun yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment