Friday 25 January 2013

Hashim Jalil cicit kepada Tok Pakar (Peneroka Awal Padang Jawa) Meninggal Dunia.






Al Fatihah. Allahyarham Hashim Abdul Jalil berumur 68 tahun telah meninggal dunia pada 19 hb Januari 2013.Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Padang Jawa Klang pada tahun 1945.

Allahyarham merupakan salah seorang cicit dan keturunan generasi keempat kepada Tok Pakar (orang yang pertama meneroka Kampung Padang Jawa)
 
Salasilah Allahyarham Hashim Abdul Jalil Dengan Keturunan Tok Pakar.

Semasa hayatnya allahyarham pernah bekerja disektor ladang khususnya diMidland Estate ( Air Kuning)  (sekarang ini terkenal dengan nama Seksyen 7 yang ada I-City),pernah menceburkan diri pada dunia musik, pernah bekerja di sektor perkilangan.

Beliau berminat pada pertukangan kayu khusus perahu dan kapal. Kerana minatnya yang mendalam pada perahu dan kapal beliau telah berhijrah ke Kuala Terengganu bekerja sebagai pembuat perahu dan kapal pada sebuah syarikat disana.
Allahyarham juga pernah bekerja dengan Syarikat NGV Tech Sdn Berhad yang membuat kapal milik bumiputra. Allahyarham pernah juga berniaga kedai Runcit kecil kecilan di Jalan Mat Raji.Beliau juga minat belajar mendalami ilmu agama bab bertarekat.

No comments:

Post a Comment