Sunday 13 January 2013

Kundang - Buah Yang Telah Pupus Di Kampung Ku

Kundang  Pokok 
 Kundang merupakan di antara spesis buah nadir yang popular dikampung ku suatu masa dahulu. Boleh dikata setiap keping tanah yang diusahakan oleh peneroka awal Kampung Padang Jawa iaitu Tok Pakar, Tok Tahir dan Hj Sulaiman serta peneroka gelombang kedua yang kebanyakkannya datang dari Langat mempunyai pokok kundang. Anak cucu cicit mereka hingga ke generasi keempat memang puas menikmati buah kundang. Kini hanya tinggal sepohon pokok kundang sahaja di Kampung Berangan. Arus pemodenan menyebabkan penduduk kampung tidak lagi berminat untuk menanam spesis ini. Generasi muda dikampung ku tidak akan kenal lagi pokok buah kundang pada masa hadapan.

Terdapat nama Jalan Kundang (dalam kawasan Kampung Berangan, Padang Jawa Klang) kerana beberapa pokok kundang ditempat itu suatu masa dahulu.   
  

                                        Foto buah Kundang daripada Zana Norzana, Taman Tropica Kenyir Newsletter

Pokok kundang merupakan pokok malar hijau yang mampu mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Buah kundang dikampungku adalah jenis yang berbentuk bulat. Kebanyakannya mempunyai garis pusat 2.5 – 5.5 cm berwarna hijau  ketika muda dan masam rasanya. Buah yang matang dan cukup masak akan berwarna kekuningan dan jingga masam-masam manis rasanya. Buah kundang masak kebiasaannya dimakan segar dan di buat jeruk. Buah kundang yang muda pula boleh di buat sebagai kerabu untuk menggantikan buah mangga di sesetengah daerah. Buah kundang muda boleh dibuat jeruk atau digunakan dalam rojak atau gulai. selain itu ia juga boleh dibuat jem atau dikeringkan untuk digunakan dalam acar.
Buah Kundang bermusim sekali setahun.

2 comments:

  1. ada jual x? skang tgh musim ke? sy dr klang..kalo ade sms sy 0132701299.. nk bli cket je..ade kwn teringin..

    ReplyDelete
  2. ada tak buah ni... saya tengah mengidam buah ni... uwaaaaa nak nangisss rasa nyaaa

    ReplyDelete