Wednesday 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul 2013 / 1434




Salam Maulidur Rasul buat semua.
Sama-sama lah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
 semoga kita sama-sama dirahmati Allah S.W.T.

Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T).

Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan bukan hanya dinegara kita tetapi dinegara lain adalah untuk mengembalikan ingatan kita sebagai umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434H

No comments:

Post a Comment