Monday 11 February 2013

Sejarah Padang Jawa Part 18 - Lagi Tentang Nama Padang Jawa di 1890 Serta Gambar Padang Jawa Estate dan Estate Berhampirannya.

Tok Ketua @ Tok Lurah @ Tok Sidang kat kampungku  serta Panglima dan Hulubalang dikampungku sila lah tengok, baca, kalau boleh buatlah analisa.                                                                                                              

 Sumber photo :- delcampe co.uk dan twentieth century impression Of British Malaya. ebook Universiti Cornell UK
Klang Pada 1870an
Kalau Bandar Klang sebegini Tok Ketua dikampungku fikir Padang Jawa dah wujud ke atau lebih baik dan cantik lagi serta ramai penduduknya macam sekarang? 

 "Menurut Muhammad Ibrahim Munshi pada tahun 1872; Rumah di Kelang lebih kurang 400 buah dengan penduduknya 3,000 orang iaitu orang Melayu, Arab, Inggeris, Cina, India Islam, Hindu, Benggali dll. Di bandar Kelang ada deretan rumah2 kedai Cina dan Melayu, simpang, surau, pejabat, penjara, balai polis, rumah sakit semuanya rumah atap dan selebihnya hutan. Ada jalan2 iaitu China Street (di hujungnya ada stesen dan jambatan) King street, Beach Street, Market Street, Wharf Street, Chulia Street, Hospital Street dan Mosque Street dengan lebihkurang 90 buah kereta lembu. Keperluan makanan adalah dari Melaka."

Adakah disebut Orang Jawa ? Tok Ketua kat kampungku kenalah sebut / tulis bila wong jawa tengah tu datang!!!!!

Kata Tok Ketua dikampungku dalam laman jajahannya beliau berkata kampungku lebih kurang sama umurnya 130 tahun jika dibandingkan dengan wujudnya Bandar Diraja Klang. Orang Jawa Semarang itu menebas, membersihkan segala hutan-hutan dan semak samun kerana apa? (wak jawa itu kerja makan gaji / kontrak!!!! bukan teroka hutan untuk buat kampung.) (Akan diterangkan pada posting akan datang "coming soon"). Pembekal maklumat kepada Tok Ketua kat kampungku tak cerita pasal kerja cari makan kerana informer itu tak tahu siapa majikan wak jawa tersebut. Dasar pihak penjajah British pun tak mahu orang melayu pandai dan tahu banyak perkara, kalau boleh jangan ambil tahu apa yang British buat. Mereka lebih suka dan senang melihat orang melayu duduk dikedai kopi berlagak tukang karut penglipur lara bercerita tanpa ada pautan rujukkan serta bertelagah sesama melayu asalkan jangan libatkan kepentingan British.  Tok Ketua dikampungku pula tokok dan tambah lagi cerita, kononnya dari kamus tafsiran jawa "Padang" bererti  membersih atau menerangkan kawasan dan telah dilakukan oleh seorang "Jawa". Informer pun tak bagi tahu pasal orang India ada bekerja dengan British. Sebab itu Tok Ketua kat kampungku tak buka kamus India cari tafsiran "Padang" dan "Jawa" Buka kamus jawa kononnya nak bagi faham pada semua orang dan maka oleh kerana itu,  kampung ini telah diberi nama Padang Jawa. 

Ketua Kampung dan pemimpin Kampung Padang Jawa dulu dulu pun keturunan orang jawa tapi tak macam Tok Ketua kat kampungku yang ni, konon buka kamus jawa nak tunjuk apa kata kamus . Pemimpin dulu malu nak kata kampung diterokai orang jawa kerana fakta sebenarnya kampung dibuka oleh orang orang melayu yang masih ada baka dan salasilah keturunan serta harta yang diterokainya. Bagaimana pula dengan orang jawa semarang itu tak dengar ada baka pun. Bagaimana keadaan tempat yang ditebas, dibersihkan segala hutan-hutan dan semak samun oleh orang itu diserahkan pada siapa ? Konon cerita kuburnya di hujung kampung nama tempat itu dulu kata orang Pasir Panjang. Itu pun tak pasti kubur yang bernisan 5 kaki panjang dikatakan kubur orang jawa tengah Semarang  kerana tak ada siapa boleh mengesahkan kebenarannya melainkan cakap orang itu atau cakap orang ini tapi tak tahu siapa dia orang itu yang bercakap atau orang ini yang cakap. Kamus Inggeris kata "Hearsay". Nak tahu maknanya "cakap cakap orang". Kalau dalam mahkamah tak boleh pakai.         

Tapi informer, Tok Ketua kat kampungku dan wong jawa tengah yang bekerja itu tak tahu kebijaksanaan pihak penjajah British telah daftarkan Padang Jawa Rubber Company Limited di London dan sahamnya diapungkan di pasaran saham. Adakah orang jawa tengah itu yang nasihatkan British guna nama Padang Jawa? Tak masuk akalkan!!!!. Tahun berapa didaftarkan, Siapa pemiliknya, kat mana estate tu dan maklumat lebih lanjut Tok Ketua kat kampungku kena lah buat lah homework sikit dalam dapat merekodkan sejarah kampung Padang Jawa sebagai ingatan dan panduan kepada  generasi seterusnya. (petikan ayat Tok Ketua kat kampungku dilaman jajahannya) Sebagai "clue" cari diakhbar ini.
  • Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1835–1869, 1884–1942)
  • Straits Times (1845–2010)
Rumah Orang Melayu Tebing Sungai Klang 1911

Apa sebabnya rumah orang melayu (bukan orang jawa) dibina ditebing Sg Klang? Jawapannya dekat dengan sumber air, pengangkutan, sumber rezeki dan tiada jalan highway pada masa itu.Ketika itu hanyalah Sungai Klang menjadi laluan pengangkutan dari satu tempat ketempat lain. Nak jalan kaki boleh kalau pandai rentas hutan belentara.
 

Wahai Tok Ketua kampungku !!!!! Agak agak wong Jawa Tengah dari Semarang itu macam ini ke? Gambar diatas itu nampak handsome orang Melayu dulu ada keris pulak. Tengok gaya macam handal persilatannya, gagah berani dan kekuatannya sukar ditandingi, tenaganya yang  luar biasa boleh bertarung 30 hari 30 malam dengan musuhnya tanpa berhenti rehat, tak makan, tak minum, tak tidur, tak kencing / berak dan tak sembahyang. Lebih hebat lagi boleh tarik dan turunkan kapal terbang yang sedang terbang.

Kalau orang jawa tak lah macam itu handsomenya, kerisnya dibelakang pula. Tok Ketua kat kampungku berkata dilaman jajahannya bahawa ada seorang jawa tengah yang datang ke kampungku seorang pendekar yang terkenal dengan ilmu persilatan, gagah berani dan kekuatannya amat sukar ditandingi, mempunyai tenaga yang amat  luar biasa dan pernah bertarung dengan musuhnya dikawasan stesen keretapi selama tujuh hari tujuh malam tanpa berhenti rehat dan mampu menarik dan memberhentikan keretapi yang sedang bergerak.(ha ha ha taklah hebat sangat cerita karut tu. Hebat lagi cerita karut marut gua dipara atas) 

Gambar dibawah ini pula fesyen sopan dan seksi anak gadis melayu dulu dulu. Ada ke macam orang jawa? Mungkin wong jawa tengah itu nak ngorat gadis kampung agaknya. 
  
Gadis Melayu
Gadis Melayu Berkemban
Nak Tanya Tok Ketua kat kampungku  ketika wong jawa tengah itu datang ke Padang Jawa naik apa?
Adakah naik sampan menyusuri Sg Klang atau naik kereta api Selangor  State Railway atau keretapi Federated Malay States Railways (FMSR) atau Kereta Api Tanah Melayu (KTM sekarang ni KTMB) atau ikut Federal Highway atau lain lain highway?

Nak tanya lagi, Ada kah orang tinggal kat Batu Gajah ?. Hebat orang Padang Jawa ni. Yang ini dah tentu bukan dari kamus jawa. Definasi yang Tok Ketua kat kampungku huraikan dalam laman jajahannya mengenai Batu Gajah seperti berikut "  Berasal  dari satu kawasan yang mana mengikut cerita dongeng, seekor gajah cuba berenang untuk melintas Sungai Klang. Tetapi di tengah-tengah telah dihalang oleh sejenis mahluk yang dipanggil Sang Kelembai. Sumpahannya itu menyebabkan gajah tersebut  menjadi batu dan terletak betul-betul di tengah sungai. Pada suatu masa dahulu, apabila air sungai surut, batu tersebut akan kelihatan dan menjadi kawasan pusaran air."

Apa pula penjajah British Tulis Pada Buku "Twentieth Century Impression Of British Malaya".?
 Sumber gambar dan tulisan :- Twentieth Century Impression Of British Malaya. ebook Universiti Cornell UK

Sebelum tengok gambar dibawah dan apa kata dalam buku penjajah,nak tanya Tok Ketua kat kampungku. Adakah ini tempat ( gambar dibawah) yang ditebas, dibersihkan segala hutan-hutan dan semak samun oleh wong jowo dari jawa tengah? Kalau bukan kat mana? Kenalah sebut kat Kulon ke, kat Padang Lalang ke,kat Sungai Rasau ke,kat setesen kereta api ke,atau kat Wetan ke. Tak mungkin kawasan Kampung Berangan dan Teluk Benta kerana kawasan wong melayu.Hebat juga Tok Ketua kat kampungku tulis :-  Kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, terdiri daripada Padang Jawa, Padang Lalang, Sungai Rasau, Kg. Berangan, Teluk Benta dan Batu Gajah.
Boleh besarkan gambar dibawah ini.

PADANG JAWA ESTATE
 
The 0wners og this estate are the New Padang Jawa Rubber Company LTD. Their property comprises a total area of 839 acres of which 585 are planted with 88640 Para rubber trees. It is situated in Klang district of Selangor, about two miles distant from Padang Jawa station and four miles by main trunk road from Klang and contiguous to the Sungei Renggam estate. It has a railway frontage of a mile and three quarters. The land is underlating and in places rather hilly. On the higher levels the soil is very porous and consist of a mixture of yellow loam and sand of great depth, while the soil on the lower land is a stiff clay. The rubber trees are remarkable for their growth many measuring seven and the half inches in diameter ( taken 3 feet from the ground) when one year old. The general agents for the company Mr E.B.Prior, of Golden Hope Estate Klang, the visiting agent, and Mr K Pfenningwerth is the manger.

Mr. K Pfenningwerth,manager of the Padang Jawa Estate, Padang Jawa Selangor,came out to the Straits in 1890 to take up a position as assistant on acoffee estate in Johore. After spending two years there he accepted an appointment in Pahang under Pahang Corporation Ltd, which whom he stayed for closed on five years and then took atrip to Ceylon. It was two years before Mr Pfenningwerth  returned to the Straits. After acting as an assistant on an estate he obtained a post on the railway. Subsequently he turned to planting again and was placed in charge of the Padang Jawa Estate. 

Ayer Kuning Estate ( Midlang Estate)
Sungei Renggam Estate
Bukit Rajah Estate

Sunday 10 February 2013

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 17 - Ustaz Abdul Manan Jamin Imam Masjid Padang Jawa


Ini adalah Allahyarham Imam Ustaz Abdul Manan yang pernah menjadi imam Masjid Padang Jawa Ketiga pada tahun penghujung 60an dan awal 70an selepas Allahyarham Imam Tn Hj Ahmad dan Allahyarham Tn Hj Mahmud b Hj Ahmad.

 

Friday 8 February 2013

Sejarah Kampung Padan g Jawa Part 16 - Menoleh Kebelakang - Nama Kampung Ku Harum Di Dada Akhbar 1906 & 1910. Membuktikan Cerita Tok Juara @ macam macam Tok Mengenai Wak Kiran Adalah Karut.

Posting kali ini aku menoleh kebelakang zaman silam Padang Jawa didada akhbar pada tahun 1906 dan 1910 yang sempat aku kumpulkan dari pembacaan ku bila ada masa, tak kiralah daripada buku, laman web, majalah dan lain bahan bacaan. Aku teringat al kisah penulisan Tok Juara @ Tok Ketua @ Tok Lurah @ Tok Sidang dikampungku yang ada panglima dan hulubalang menulis dilaman jajahannya mengenai ada seorang jawa konon namanya Kairan atau kata orang lain Kiran atau Sakiran yang datang daripada Jawa Tengah ke kampung ini. Kata Tok Juara @ macam macam Tok dilaman jajahannya, begitulah menurut pembekal maklumat kepadanya dan kata pembekal maklumat itu lagi pekerjaan orang jawa ini ialah menebas dan menerangkan hutan. Untuk kuatkan penceritaan Tok Juara @ macam macam Tok tambah penghuraian istilah dalam kamus jawa erti "Padang" dan "Jawa". Maka timbul lah nama Padang Jawa. Yang anehnya sekali Tok @ macam macam Tok ini tidak tahu menghuraikan mengikut kamus jawanya bila jawa Kiran ini datang serta matinya bila dan dimana. Mungkin pembekal maklumat kepada Tok @ macam macam Tok tak ceritakan perkara ini. Tok macam macam Tok ini senang buat karangan "Apabila meninggal dunia, dikebumikan di tanah perkuburan dihujung kampung."   

Cerita Tok dengan segala macam Tok mengenai Wak Kiran yang ada kaitan dengan nama Padang Jawa itu karut semata mata. Nak tanya sikit pada Tok @ macam macam Tok, zaman bila yang dikatakan Wak Kiran wujud.? Kalau Tok nak jawab 1870 - 1900 panjang umur nanti akan dihidang cerita pada zaman tersebut.       

Nama Padang Jawa memang telah lama wujud apabila penjajah British menjajahi Selangor. Tengok saja nama Padang Jawa dibawah ini. Sorrylah kalau perkataan Padang Jawa itu kecil sangat cuba tok besarkan biji mata supaya nampak tulisan itu.



Keratan Akhbar ini adalah daripada sumber Newspaper SG, National Library Singapore . Tujuan mempaparkan keratan akhbar ini adalah untuk sejarah dan pengetahuan warga Kampng Padang Jawa sahaja.
 

Sunday 3 February 2013

Bandar Klang Dahulu Mempunyai Jambatan Belfield, Jambatan Gantung Dan Jambatan Bailey Terapung Merintasi Sungai Klang


Gambar 1
Bandar Klang Pada Tahun 40an. Sumber gambar Eiday's Confort Zone.
Gambar 2
Gambar asal seperti diatas. Di edit untuk menunjukkan Tiga Jambatan merintasi  Sg Klang.



Pada posting kali ini saya ingin mengucapkan terima kasih pada bloggers Eday's Confort Zone dan Aku Anak Teluk kerana uploading gambar gambar yang di kira rare tentang Bandar Klang khususnya jambatan jambatan yang pernah merintasi Sungei Klang.

1. Jambatan Belfield.
Gambar 3 - 7 dibawah ini mengenai Jambatan Belfield di Bandar Klang diambil daripada laman Dearie Russell Family History.
Gambar 3
Membina Jambatan Sementara di tapak pembinaan.
Gambar 4
Fasa Pertama jambatan telah siap






Gambar 5
Fasa Kedua Jambatan Telah Disiapkan
Gambar 6
Jurutera James Craig bergambar dengan para pekerja pembinaan

Gambar 7
Jambatan Belfield Merintasi Sungei Klang Siap Sepuhnya pada 1908


Fakta Dan Info Mengenai Jambatan Belfield Klang.

Menyemberangi Sungai Klang diantara Klang Utara dan Klang Selatan pada 1900 adalah dengan sampan penambang dan ferry pontoon yang ditarik menggunakan tali. Pada ketika itu pengusaha ladang syarikat syarikat penjajah British terutamanya ladang getah di daerah Kapar dan Kuala Selangor memberi tekanan kepada Resident Selangor untuk membina sebuah Jambatan dibandar Klang bagi menjimatkan kos pengangkutan mereka ke Pelabuhan Kuala Klang (Pelabuhan Klang ) untuk membawa pulang apa yang ada di Selangor ke negara asal mereka, England segala hasil hutan seperti rotan, damar, lada hitam yang mereka tanam secara ladang, bijih timah, getah dan lain lain lagi.

Jambatan ini diberi nama Jambatan Belfield sempena Resident Selangor Mr. H.Conway Belfield yang berkhidmat dari 1902 - 1911. The Federated Engineering Company telah mendapat kontrak membina  "the first road bridge across the river Klang," yang bermula pada 27 Julai 1907 dan di siapkan pada September 1908 dengan 10 bulan lebih awal daripada yang dijadualkan. Jurutera yang bertanggung jawab mengenai pembinaan jambatan tersebut adalah George Russell and James Craig.   

Jambatan tersebut adalah jenis "Linville girder " dengan empat fasa. Setiap fasa adalah 140 kaki panjang dan 20 kaki lebar untuk jalan raya . Jambatan ini juga disokong oleh lima pasang tiang bulat "iron cylinders" di isi dengan konkrit.

Jambatan Belfield telah dibuka dengan rasminya oleh Sir John Anderson Pesuruhjaya Tinggi Bagi Negeri Negeri (Federated Malay States) pada hari Sabtu 12 September 1908 di saksikan oleh Sultan Selangor serta lain lain penjawat tinggi penjajah British yang bangga terbinanya jambatan yang terbesar dan terhebat di Malaya ketika itu.

Pada Perang Dunia II pihak British telah mengebom Jambatan Belfield dan jambatan kereta api Connaught Bridge (pada masa itu Jambatan Bailey diConnaught Bridge belum ada lagi) bagi menyekat kemaraan tentera Jepun. Tidak diketahui bagaimana kegiatan penduduk bandar Klang menyeberangi Sungai Klang dalam urusan harian semasa pemerintahan tentera Jepun di Malaya.

Tamatlah riwayat Jambatan Belfield di Sungai Klang. Rangka besi jambatan itu telah dibersihkan mungkin untuk besi buruk pada tahun 50an.  

Untuk bacaan lebih lanjut sila rujuk :-
-  Dearie Russell Family History di http://www.clairegrey.co.uk/rd_grandchildren/george/klang_bri.html
-  The Malay Mail Thursday 10 September 1908  
-  The Straits Time 14 September 1908 muka surat 8  
-  The Straits Time 6 September 1909 muka surat 7 
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942), 22 Mei 1929, Muka Surat 2
The Straits Times, 30 April 1947, Muka Surat 5
The Straits Times, 11 Februari 1955, Muka Surat 7

2. Jambatan Gantung  
Perhatikan di gambar 1, 2, dan 8 menunjukkan ada satu jambatan gantung dengan jelas, tetapi untuk apa?. Tak dapat dipastikan sama ada jambatan gantung itu khas untuk kenderaan ringan seperti basikal,beca atau pejalan kaki. Puas juga saya mencari bahan terperinci mengenai jambatan gantung ini tetapi tidak berhasil.Daripada cerita mulut saya dapati dari orang orang yang lebih tua daripada saya menyatakan bahawa ianya satu projek yang gagal dan memalukan penjajah British untuk membina jambatan gantung bagi pejalan kaki yang berulang alik daripada kedua bahagian menyeberangi Bandar Klang.Dulu penjajah British bangga dengan terbinanya Jambatan Belfield sebagai jambatan terbesar di Malaya. Mungkin pihak penjajah British telah mengenal pasti pada rekabentuk jambatan itu yang boleh berayun apabila angin kuat bertiup di tengah sungai dan akan mengancam nyawa manusia yang melaluinya.Kemungkinan kerana kegagalan dan besar malunya penjajah British maka dibuat laluan paip air daripada Klang Utara ke Klang Selatan.

Melihat gambar tersebut menjadikan kenangan nostalgia bagi saya kerana dizaman persekolahan saya dulu kadang kala menaiki kereta api ke High School daripada Padang Jawa ke Klang pernah melihat jambatan gantung ini serta melalui Jambatan Bailey Terapung Atas Pontoon .( akan diceritakan dibawah).

Jambatan Gantung ini runtuh kedalam sungai Klang kerana putus tali pengantungan nya kerana karat. Kalau tak silap saya pada tahun 70an.    

Gambar 8
Sumber photo dari blog Aku Anak Teluk diedit bagi menunjukkan  Jambatan Gantung dan Jambatan Bailey Terapung Atas Pontoon

 Jambatan Gantong Klang 
3. Jambatan Bailey Terapung Atas Pontoon.
Apabila pihak penjajah British kembali semula berkuasa di Malaya selepas Perang Dunia Kedua mereka pening memikirkan bagaimana untuk memberikan keselesaan pada penduduk Bandar Klang melintasi Sungai Klang serta untuk memenuhi kehendak Britian membawa segala hasil yang ada diSelangor melalui Pelabuhan Klang.Jambatan Belfield tidak lagi boleh digunakan rosak teruk akibat dibom dalam masa perang.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut lalu pihak penjajah British telah mengerah tentera membina jambatan dua jambatan terapung jenis bailey yang beri nama Madras Bailey Bridge dan diikuti Sidney Bailey Bridge.
Madras Bailey Bridge boleh menampung kenderaan dengan muatan 12 ton dan Sidney Bailey Bridge boleh menampung kenderaan dengan muatan 20 ton.Kedua jambatan ini mempunyai lorong kenderaan dan lorong pejalan kaki yang berasingan.

Sepanjang perkhidmatan kedua dua jambatan ini selama13 tahun sebelum Jambatan Kota dibina beberapa kejadian negri pernah berlaku mengakibatkan Madras Bailey Bridge putus dan tenggelam tetapi tidak melibat nyawa manusia dan kenderaan yang melintasi jambatan ini.    
Gambar 9
Sumber photo dari blog Aku Anak Teluk menunjukkan kenderaan dan pejalan kaki di Jambatan Bailey Terapung atas Pontoon.
Gambar 10 .Sumber gambar Eiday's Confort Zone menunjukkan laluan pejalan kaki diasingkan dengan lorong kenderaan.
Untuk bacaan sila rujuk :-
-   The Straits Times 14 September 1908 Page 8, Belfield Bridge Saturday"s Opening Ceremony At
     Klang
-   The Straits Times, 6 September 1909, Page 7, Malaya’s Largest Bridge
-   The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942), 22 May 1929, Page 2, Article 
     on photo After The Opening of Belfield Bridge At Klang.
-   The Straits Times, 29 January 1950, Page 3 Bridge At Klang Sinks In Mud
-   The Straits Times, 24 April 1951, Page 1, Bridge Swept Into River As Bus Races To Safety
-   The Straits Times, 5 October 1951, Page 4 (Article )
-   The Straits Times, 3 November 1951, Page 9 Peril On The River
-   The Singapore Free Press, 30 January 1952, Page 5 Bridge Will Be Repaired
-   The Straits Times, 25 April 1952, Page 2 Malayans Build Bailey Bridge Tambies And Clerk In New
     Role
-   The Straits Times, 23 June 1953, Page 1, Bridge Collapse Four Hurls To Their Death
-   The Straits Times, 11 February 1955, Page 7 Three Held
-   The Straits Times, 24 June 1959, Page 10 Farewell To Madras And Sydney

 4. Jambatan Kota

Jambatan Kota. Sumber Gambar Arkib Negara

Jambatan Kota

 



 Info Jambatan Kota.

Kerajaan telah meluluskan pembinaan Jambatan Kota merentangi Sungai Klang pada 12Mac 1957. Dibina oleh Syarikat British Dormon Long, dengan perbelanjaan kira-kira 7 juta Ringgit, merupakan jambatan terbesar ketika itu dan panjangnya 1500 kaki.

Jambatan itu dibina 2 tingkat dan di bahagian atasnya dibina khas untuk laluan kenderaan berat seperti bas, lori dan kereta manakala bahagian bawahnya ialah khas untuk beca, basikal dan pejalan kaki.
Jambatan Kota dirasmikan pada 24 Jun 1959 jam 5.15 petang oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah.

Jambatan Kota Klang yang dibina pada bulan Mei 1957 telah ditutup kepada semua jenis kenderaan dibahagian atas jambatan ini 21 Januari 1992. Bahagian bawah untuk pejalan kaki, basikal dan motosikal masih lagi dibuka hingga hari ini.    

Untuk bacaan selanjutnya rujuk :-
-   The Straits Times 13 June 1959, Page 9, Bridge opening
-   The Straits Times, 22 June 1959, Page 7, Sultan to open new bridge