Sunday 17 March 2013

Pokok Kari

Pokok Kari Dalam Pasu Bukan Hanya Cantik Sebagai Hiasan Tapi Sesekali Kena Petik Daunnya Untuk Masak Kari

Buah Pokok Kari akan bertukar warna daripada kuning kehijauan ke warna kehitaman

Saturday 9 March 2013

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 21 - - Padang Jawa Estate Dalam 1909 -1911. Cerita Tok Ketua Kat Kampungku mengenai Wak Kairan teroka kampung adalah karut.

Wahai Tok Ketua kat kampungku serta panglima dan hulubalangnya, aku hidangkan lapuran pengarah New Padang Jawa Estate 1909 - 1911 yang aku petik daripada The Straits Times 1911. Penjajah British melapurkan kegiatan perniagaan yang telah di lakukan oleh pemilik lama estate tersebut kepada pemilik baru Padang Jawa Estate. Mana peranan di zaman Wak Kairan teroka kampung dan bagi nama kampung?.

Apa yang ingin diperkatakan adalah cerita yang di tulis oleh Tok Ketua kat kampungku mengenai Wak Kairan yang teroka kampung Padang Jawa dilaman jajahannya adalah karut semata mata

1. Dalam lapuran keratan akhbar dilampirkan dibawah menyebut dimasa pemilik lama Estate Padang Jawa menyerahkan kepada pemilik baru estate tersebut menpunyai keluasan 897 ekar dimana 535 ekar telah ditanam pokok getah. Dengan pengambilan syarikat tersebut mulai 1 Disember 1909 hingga 31 Mac 1911 sebanyak 146 ekar juga telah ditanam pokok getah. 

Tanah tanah lain diPadang Jawa seluas 216 ekar adalah tanah kampung ( Penjajah tulis Campong) dan hutan.

2. Fikirkan jika pokok getah tersebut baru berumur diantara 4 tahun dan tiga bulan berapa lama penjajah menggambil masa nak terang atau tebang hutan seluas 535 ekar serta ditanam pokok getah. Juga fikirkan juga berapa lama pihak penjajah mendapat kelulusan urusan tanah mengikut undang undang Negeri Selat (Straits Settlement). 

3. Nama Padang Jawa telah ada lama sebelum penjajah berkuasa. Tok Ketua kat kampungku kena tunjuk bukti dimana beliau mengagongkan peranan seorang jawa tengah menerokai Kampung Padang Jawa. Tak mungkin dong orang jawa ini menjadi penasihat British untuk menamakan kampung ini.

4. Harumnya nama Padang Jawa di pasaran saham London diawal tahun 1900an. Zaman itu hanya keturunan generasi ketiga Tok Pakar, Tok Tahir, Hj Sulaiman bersama beberapa keluarga yang asalnya datang daripada Langat yang pergi kesekolah. Mana ada orang jawa ketika itu yang pergi kesekolah. Tok Ketua kat kampungku boleh buat penyelidikkan dan analisa. Ketika itu rumah penduduk Kampung Padang Jawa boleh di kira dengan senang. Tak sampai 50 buah rumah. Zaman 60an ketika aku semakin remaja tak sampai pun 100 buah rumah. Kalau Tok Ketua kat kampungku boleh selidik, masih ada orang orang yang berumur lebih tua daripada Tok Ketua boleh cerita. Tok Ketua sekarang baru 62 tahun belum lagi kotai.

5. Orang yang tinggal diKampung Padang Jawa generasi pertama dan kedua tidak luas pandangannya mengenai kegiatan penjajah. Mereka berusaha dan menumpukan pada tanah tanah mereka dengan pelbagai tanaman bagi menyara keluarga mereka. Mereka tidak peka dengan keadaan disekelilingnya, dan suasana kampung pada masa itu adalah hutan.

6. Pihak penjajah juga senang hati melihat orang melayu tenteram dengan sara diri mereka. Memang penjajah tak mahu orang melayu tahu banyak dan pandai dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan sebagainya. Penjajah tahu sangat perihal orang melayu. Jika diberkan kepandaian maka peluang meluaskan penjajahan akan mendapat tentangan.             



Keratan Akhbar ini adalah daripada sumber Newspaper SG, National Library Singapore . Tujuan mempaparkan keratan akhbar ini adalah untuk sejarah dan pengetahuan warga Kampng Padang Jawa sahaja.


The Straits Times, 25 October 1911, Page 1


Buah Nam Nam Yang Telah Pupus DiKampongku


 Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu.

Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.

Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru.

Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus. Sumber Info daripada Sinar Harian October 26, 2011

Monday 4 March 2013

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 20 - Kemudahan Talipon Kepada Penduduk Kampong Padang Jawa Mulai 1970




Keratan Akhbar ini adalah daripada sumber Newspaper SG, National Library Singapore . Tujuan mempaparkan keratan akhbar ini adalah untuk sejarah dan pengetahuan warga Kampng Padang Jawa sahaja.

                                                  Berita Harian, 28 January 1970, Page 7
Kampong Padang Jawa Dapat Pondok Talipon

Friday 1 March 2013

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 19 - Imam Masjid Tn Hj Mahmud Bin Hj Ahmad


Ini adalah wajah Allahyarham Tn Hj Mahmud bin Hj Ahmad bekas Imam Masjid Kampung Padang Jawa yang kedua. Beliau menggambil alih jawatan Imam masjid tersebut daripada bapanya Tn Hj Ahmad.

Sumber photo daripada Rahimah Abdul Wahab daripada Padang Jawa.