Saturday 9 March 2013

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 21 - - Padang Jawa Estate Dalam 1909 -1911. Cerita Tok Ketua Kat Kampungku mengenai Wak Kairan teroka kampung adalah karut.

Wahai Tok Ketua kat kampungku serta panglima dan hulubalangnya, aku hidangkan lapuran pengarah New Padang Jawa Estate 1909 - 1911 yang aku petik daripada The Straits Times 1911. Penjajah British melapurkan kegiatan perniagaan yang telah di lakukan oleh pemilik lama estate tersebut kepada pemilik baru Padang Jawa Estate. Mana peranan di zaman Wak Kairan teroka kampung dan bagi nama kampung?.

Apa yang ingin diperkatakan adalah cerita yang di tulis oleh Tok Ketua kat kampungku mengenai Wak Kairan yang teroka kampung Padang Jawa dilaman jajahannya adalah karut semata mata

1. Dalam lapuran keratan akhbar dilampirkan dibawah menyebut dimasa pemilik lama Estate Padang Jawa menyerahkan kepada pemilik baru estate tersebut menpunyai keluasan 897 ekar dimana 535 ekar telah ditanam pokok getah. Dengan pengambilan syarikat tersebut mulai 1 Disember 1909 hingga 31 Mac 1911 sebanyak 146 ekar juga telah ditanam pokok getah. 

Tanah tanah lain diPadang Jawa seluas 216 ekar adalah tanah kampung ( Penjajah tulis Campong) dan hutan.

2. Fikirkan jika pokok getah tersebut baru berumur diantara 4 tahun dan tiga bulan berapa lama penjajah menggambil masa nak terang atau tebang hutan seluas 535 ekar serta ditanam pokok getah. Juga fikirkan juga berapa lama pihak penjajah mendapat kelulusan urusan tanah mengikut undang undang Negeri Selat (Straits Settlement). 

3. Nama Padang Jawa telah ada lama sebelum penjajah berkuasa. Tok Ketua kat kampungku kena tunjuk bukti dimana beliau mengagongkan peranan seorang jawa tengah menerokai Kampung Padang Jawa. Tak mungkin dong orang jawa ini menjadi penasihat British untuk menamakan kampung ini.

4. Harumnya nama Padang Jawa di pasaran saham London diawal tahun 1900an. Zaman itu hanya keturunan generasi ketiga Tok Pakar, Tok Tahir, Hj Sulaiman bersama beberapa keluarga yang asalnya datang daripada Langat yang pergi kesekolah. Mana ada orang jawa ketika itu yang pergi kesekolah. Tok Ketua kat kampungku boleh buat penyelidikkan dan analisa. Ketika itu rumah penduduk Kampung Padang Jawa boleh di kira dengan senang. Tak sampai 50 buah rumah. Zaman 60an ketika aku semakin remaja tak sampai pun 100 buah rumah. Kalau Tok Ketua kat kampungku boleh selidik, masih ada orang orang yang berumur lebih tua daripada Tok Ketua boleh cerita. Tok Ketua sekarang baru 62 tahun belum lagi kotai.

5. Orang yang tinggal diKampung Padang Jawa generasi pertama dan kedua tidak luas pandangannya mengenai kegiatan penjajah. Mereka berusaha dan menumpukan pada tanah tanah mereka dengan pelbagai tanaman bagi menyara keluarga mereka. Mereka tidak peka dengan keadaan disekelilingnya, dan suasana kampung pada masa itu adalah hutan.

6. Pihak penjajah juga senang hati melihat orang melayu tenteram dengan sara diri mereka. Memang penjajah tak mahu orang melayu tahu banyak dan pandai dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan sebagainya. Penjajah tahu sangat perihal orang melayu. Jika diberkan kepandaian maka peluang meluaskan penjajahan akan mendapat tentangan.             



Keratan Akhbar ini adalah daripada sumber Newspaper SG, National Library Singapore . Tujuan mempaparkan keratan akhbar ini adalah untuk sejarah dan pengetahuan warga Kampng Padang Jawa sahaja.


The Straits Times, 25 October 1911, Page 1


2 comments:

  1. Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Maknanya Kg Padang Jawa ni adalah kampung lama. Tapi sayang zaman sekarang terlalu byk rumah sewa sehingga penduduk asal tenggelam.

    ReplyDelete
  2. kunjungi kami bagi anda yang ingin berwisata Advantures Experience :Bike & Island di Padang..
    terima kasih

    ReplyDelete