Sunday 28 April 2013

Generasi Kedua Keturunan Hj Sulaiman - Salah Satu Peneroka Awal Kampung Padang Jawa.

Terima kasih Sdra Mohd Khaidir Abas kerana memberi komen dan membetulkan fakta. Rajah asal telah saya delete dan berikut adalah rajah yang telah di perbaiki..

Menurut buku Manucript Hj Zainal Hj Hassan yang ditulis oleh beliau sendiri pada tahun 1953 bahawa penerokaan awal Kampung Berangan (kini Jalan Berangan) Padang Jawa adalah Tok Pakar membawa keluarganya pada sekitar tahun 1875. Kisah Tok Pakar berhijrah daripada Langat ke Padang Jawa kerana menyelamatkan anak gadis suntinya menjadi gundik kepada Raja.Ketika Sultan Abdul Samad telah berpindah pentadbirannya daripada Kuala Selangor ke Langat, Banting. Cerita ini di ceritakan oleh ibunya HjhJaiyah Hj Sulaiman sendiri kepada beliau. Hj Zainal lahir diKampung Berangan pada tahun 1915.

Tanah yang mula mula diterokai oleh Tok Pakar adalah (sekarang ini) di Lot 607 Jalan Berangan. Selang beberapa musim Tok Pakar telah membawa adiknya Tok Tahir, sepupunya Hj Sulaiman dan beberapa orang saudara seperti Jamin dan Makmur dan lain lain lagi ke Kg Berangan.. Kali ini saya akan memaparkan keturunan Hj Sulaiman mengikut apa yang telah ditulis dalam Menuscript Hj Zainal.


                                                                  Taksiah Hj Sulaiman ( Wan Teh)

1 comment:

  1. Salam Tuan Hj Idris...rasanya ada silap sikit salasilah Tuan Hj tu....suami Zabedah ialah Ali Hashim.. bukannya Ismail...

    ReplyDelete