Thursday 11 April 2013

Pokok Rambai - Jenis Pokok Yang Hampir Pupus Di Kampun...

 Buah Rambai.                                
Sumber foto irjune blogspot dan eimager blogspot 

Buah rambai sejak ditahun 60an, tiada harga komersial malah terbiar dan luruh begitu saja. Apalah istimewanya buah rambai. Jika makan berlebih akan timbul masaalah ...kerana bijinya tidak boleh dihadam. Namun bila musim berbuah hendak juga memakannya.

Pokok Rambai kat kampungku dah tua, tidak subur dan tak mahu berbuah lagi.

Kulit buah rambai , jangan dibuang, sesekali kita sayur atau masak lemak kan sedap.Carik-carikan kulit rambai tu menjadi kecil. Rendam dan ramas-ramaskan dengan garam kasar untuk hilangkan rasa masam kemudian rebus sebentar untuk melembutkan kulit rambai tersebut. Angkat dan perah,buang airnya macam kita perah santan tu. Macam biasa lah masak lemak putih.

Kecur air liur tengok masakan yang sangat tradisional ni. Sumber info dan foto daripada zulbahrihussin blogspot

No comments:

Post a Comment