Friday 3 May 2013

Kempen Pilihan Raya & Bilik Gerakan Parti Politik Kat Kampungku.

Pada 2 Mei 2013 saya pulang kekampung sebentar. Selepas solat Isyak teringin nak melihat suasana malam dikampung pada musim berkempen PRU 13.   

Hebat kampungku turut serta dengan pelbagai aktiviti musim berkempen PRU 13 memberikan maklumat terkini, memberikan semangat supaya menyokong calon calon yang diutarakan pada penamaan calon tempoh hari. Acara seperti ini akan berterusan sehingga 12 malam 4 Mei 2013.

Kebetulan pada malam tersebut salah satu parti yang bertanding mengadakan ceramahnya di Jalan Mat Raji.Saya pun masuk kekhemah yang disediakan dan dapat bertemu dengan kenalan dan rakan sekampung. Kedengaran penceramah dengan isu sampah, banjir, Islam, Melayu, Raja, Perlembagaan dan macam macam lagi. Calon tak bersalaman pada hari penamaan calon pun nak dijadikan isu besar......tapi tengok dalam gambar lain pulak. Entahlah yang dicakap itu betul atau gambar yang salah.

Saya berada dikhemah tersebut tidak lama. Sambil melangkah menuju ke kenderaan, tiba tiba kedengaran tukang ceramah berkata "Betul Tak tuan tuan". Cepat sungguh warga Padang Jawa yang kebanyakkan nya memakai pakaian seragam sedondon menjawab "Betul". Tak tahulah apa betul apa yang tak betul.  


Sempat juga saya singgah ke bilik gerakan parti parti lain yang bertanding pada PRU 13 yang tidak jauh dari tempat ceramah itu sambil bertegur sapa dan bertemu kenalan dan rakan sekampung.Walaupun pada malam itu tidak ada aktiviti ceramah dipihak mereka, kelihatan petugas bilik gerakan sangat ceria menanti kedatangan 5 Mei 2013.
Undilah Dengan Kewarasan Minda Anda
Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai.     

Thursday 2 May 2013

Alahai Tok Ketua Kat Kampungku - Orang Jawa Hanya Kerja Kontrak Buat Parit Saja Bukan Teroka Hutan Buat Kampung.

Alahai Tok Ketua kat Kampungku bercerita dilaman jajahannya kononnya Wak Kairan dan juga bloggers yang lain yang tunjuk minat pada orang yang dipanggil Wak Kairan atau Kiran atau Sakiran dikatakan peneroka awal Padang Jawa. Mana bukti kedatangan jawa tersebut ke kampung ini.? Yang ada cuma cerita penglipur lara, orang itu cakap, orang ini cakap, tapi tak tahu siapa yang cakap. 

Berikut dilampirkan satu lagi bukti dimana orang orang jawa digajikan sebagai buruh kontrak oleh pihak penjajah mengali / membuat parit diEstate Padang Jawa.Cerita ini berikutan entri saya pada 11 Februari 2013 mengenai wak jawa itu bekerja makan gaji / kontrak , bukannya teroka hutan buat kampung seperti yang digembar gemburkan oleh Tok Ketua Kat Kampungku dilaman jajahannya tanpa sebarang rujukan.

Keratan Akhbar ini adalah daripada sumber Newspaper SG, National Library Singapore . Tujuan mempaparkan keratan akhbar ini adalah untuk sejarah dan pengetahuan warga Kampng Padang Jawa sahaja

"The labour force was very good indeed, and very contented: the bulk of the labour was Tamil with a small gang of Chinese while Javanese did the contract work of drainage etc."

Gambar dibawah ini kononnya ada warga Padang Jawa menyatakan parit ini telah digali oleh Wak Kairan. Parit ini telah dinaik taraf dengan konkrit.

Tentu Wak Jawa Itu Tak Kenal Mereka Ini Kerana Bukan Zamannya - Hidangan Cerita Karut Tok Ketua Kat Kampungku

Adakah Wak Jawa yang diceritakan dilaman jajahannya oleh Tok Ketua Kat Kampungku kenal mereka ini?



Sumber foto dari Sejarah Melayu : A History of the Malay Peninsula - Sabrizain