Monday 20 January 2014

Komen Saya Pada Kembara Padang Jawa.



..........rencana ini telah dimuatkan pada komen video Kembara Padang Jawa diyoutube.

Oleh kerana Video Kembara Padang Jawa telah  ditarik keluar daripada youtube oleh "penguploadnya" pada 27hb Januari 2014 maka hari ini (27 Januari 2014) secara ikhlas saya menarik balik komen komen saya yang disiarkan pada 20 Januari 2014 dalam blog ini terhadap sekumpulan para pelajar Universiti Selangor (UNISEL). (pembuat Video Tersebut).

Saturday 11 January 2014

Sehari Di Kuala Kangsar

Saya serta Hj Ramli dan Sdra Jaafar Sabudin menaiki kereta Hj Nasaruddin ke Kuala Kangsar Khamis lepas.Bertolak dari rumah kira kira jam 7 pagi bagi mengelak kesesakkan bandar Klang menuju ke lebuhraya NKVE seterusnya melalui lebuhraya Guthrie ke Rawang.
Singgah di R&R Rawang untuk Breakfast dan seterusnya menuju ke Kuala Kangsar.
Tiba di Kuala Kangsar kira kira jam hampir 12 tengah hari. Singgah di Bandar Kuala menekmati kuih pau, mee kicap. Sementara menunggu masuk waktu zohor masih lama kami round melihat keindahan bandar.   

Dijeti penambang ke Sayong.
Kolej Melayu Kuala Kangsar, Replika Kapal Terbang TUDM, Pokok getah pertama dan tertua di Malaysia ditanam  oleh H N Ridley 1877



Menunai Solat di Masjid Ubudiah.
Istana Kuning dan Galleri Sultan Azlan Shah

Window Shopping di bazar cenderamata
Buat beberapa pasang seluar

Cendol & Laksa

Orang kata kalau ke Kuala Kangsar tak sah jika tak pergi ketempat ini.


Tak banyak kedai yang ada jukebox musik seperti ini

Wednesday 8 January 2014

Lawatan Sultan Selangor

Sumber : Info Dan Photo Arkib Negara

 ( Kilang Ini telah ditutup operasinya beberapa tahun kemudian)

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berangkat melawat Syarikat Oriental Tin Smelting di Padang Jawa, Klang, hari ini, 15hb Jun, 1967. Baginda telah dibawa melihat-lihat kilang itu oleh Pengarah Urusan, Tuan Chikaaki Yamada. Baginda Sultan kemudiannya telah dihadiahkan dengan topi kabuto dan pemukul golf yang diperbuat daripada fibre glass, oleh Tuan Yamada. Sehelai pakaian kimono Jepun telah dihadiahkan kepada Tengku Ampuan. Syarikat itu juga telah menderma RM100/- untuk mangsa-mangsa kebakaran di Pulau Ketam. Gambar menunjukkan Baginda Sultan (tengah) sedang melihat beberapa jongkong bijih timah. Baginda diapit oleh Tuan Yamada (kanan) dan Dato Mahmood bin Ambak (kiri), seorang pengarah Syarikat tersebut. 

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 24 - Menteri Besar Selangor merasmikan Balai Raya Kampung Padang Jawa

Sumber : Info dan photo Arkib Negara

Menteri Besar Selangor, Dato Harun bin Haji Idris, petang ini telah membuka sebuah balai raya di Kampung Padang Jawa, Klang. Di upacara itu Dato Harun bin Haji Idris telah menerima sekeping cek yang berharga RM2,792.36 daripada pekerja-pekerja dan majikan Ladang Getah Bukit Raja, Klang untuk Derma Pertahanan Negara


Gambar menunjukkan Menteri Besar menerima cek tersebut daripada Tuan R. Armstrong, pengurus ladang tersebut, yang memerhatikan ialah Encik Abu Hassan bin Omar, Penolong Pegawai Daerah, Klang.

Lawatan Pembesar Negara Dan Perasmian Kilang Kimia Di Padang Jawa

Sumber : Info dan photo Arkib Negara

Pemangku Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Tuan Haji Khalid bin Awang Osman, pagi ini (5hb April, 1965) telah melawat kilang Syarikat Kimia Padang Jawa, yang sedang dalam pembinaan, di Klang. Tuan Haji Khalid telah di bawa melihat kilang tersebut dan kawasan disekitarnya oleh Penguasa Pembinaan Syarikat itu, Tuan H. Oliver.

Gambar menunjukkan Tuan Haji Khalid bin Awang Osman (tengah) memerhatikan contoh kilang itu.Di sebelah kiri ialah Pengurus Besar SyarikatPembinaan Kebangsaan, Tuan J. Gamble dan dikanan sekali ialah Tuan H. Oliver.

Yang Di Pertua Jemaah Pemangku Raja Selangor, Tengku Azman Shah telah melawat kilang klorin dan baja yang berharga RM45 juta di Padang Jawa, 13 batu dari Kuala Lumpur pagi ini (25hb November 1965).

Gambar menunjukkan Tengku Azman Shah (kanan) sedang melihat contoh kilang tersebut. Di sebelah kiri ialah Pegawai Daerah Klang, Encik Johan bin Yassin.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Dr. Lim Swee Aun, hari ini (22 Mei 1965) telah menghabiskan masa lebih satu jam melawat sebuah kilang kimia yang sedang dibina di Padang Jawa dekat Klang.

Gambar menunjukkan Dr. Lim (kanan) sedang mendengar penerangan Dr. Schumacher, seorang pegawai syarikat itu, menerangkan bagaimana jentera-jentera itu menggunakan sebuah contoh ukuran. Di tengah-tengah ialah Puan Lim.


Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, petang ini (28hb Januari, 1967) telah merasmikan pembukaan kilang baja dan klorin Syarikat Kimia Malaysia Berhad di Padang Jawa, Klang. 

Gambar menunjukkan Perdana Menteri sedang membuka papan peringatan. Di sebelah kanan ialah Sir Paul Chambers, Pengerusi Imperial Chemical Industries, London.

Tuesday 7 January 2014

Lawatan Timbalan Menteri Penerangan Dato' Haji Embng bin Yahya ke Kampung Padang Jawa pada 25 Januari 1981.

Sumber : Info dan photo daripada Arkib Negara
Timbalan Menteri Penerangan Dato' Haji Embong bin Yahya hari ini (25 Januari 1981) telah berucap di majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan dikawasan lapang Kampung Padang Jawa Klang. Majlis tersebut adalah anjuran ahli jawatankuasa Masjid Padang Jawa dan UMNO (United Malays National Organisation Bahagian Shah Alam Selangor. Majlis Sambutan Maulud Nabi ini telah di mulakan perasmiannya Oleh Dato' Haji Embong bin Yahya dan ini diikuti dengan syarahan agama.oleh Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Agama Islam Selangor Tuan Haji Mahmad Mokhtar bin Salleh. Acara kemuncak dimajlis ini ialah dengan bermulanya satu perarakan dari padang tersebut menuju ke Masjid Padang Jawa Klang yang disertai lebih kurang 2,000 orang yang terdiri dari penduduk penduduk dari kawasan tersebut dan kawasan kawasan yang berhampiran.
Gambar menunjukkan Dato' Haji Embong bin Yahya sedang mendahului perarakan tersebut menuju ke Masjid Padang Jawa Klang. Disebelah kiri beliau ialah Tuan Haji Mahmad Mokhtar bin Salleh.