Thursday 20 February 2014

Wajah Beberapa Tempat Di Bandar Klang Suatu Masa Dahulu.

Kota Raja Mahadi
Gedung Raja Abdullah
Jalan Tengku Kelana 1900 
 Sumber photo - Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources.- Wright, Arnold - Cornell University Library                   
Sungai Klang sebelum dibina Jambatan Bellfield pada 1908
  Sumber photo - Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources.- Wright, Arnold - Cornell University Library

Jambatan Bellfield setelah dibom oleh pihak British dalam perang dunia 2
Sumber photo pasanglang.com
James Craig & George Russell pembuat Jambatan Bellfield pada 1908 menaiki kereta 16 HP Albion
Sumber photo - clairegrey.co.uk
Klang Club
  Sumber photo - Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources.- Wright, Arnold - Cornell University Library
  Sumber photo - Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources.- Wright, Arnold - Cornell University Library

Pada 1906 Messrs Whitall & Co.  ada lah Estate Agent s  dan General Merchants yang membuka pejabatnya di Klang .
  Sumber photo - Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources.- Wright, Arnold - Cornell University Library
Sebuah Perkampungan Melayu di Tahun 1920an
Jalan Tengku Kelana Dalam Tahun 1960an
The Evergreen Restaurant di tahun 1955 (Sekarang ini di Bank Islam Klang)
Sumber photo klanghistory.blogspot.com
Deretan Kedai ( Sekarang ini Emporium Makan Klang)
 Sumber photo .klanghistory.blogspot.com
Panggung Wayang Capitol Klang (Sekarang ini Centre Point)
Sumber photo klanghistory.blogspot.com
Sumber photo dan info daripada KOSMO 

TARIKH 18 Disember lalu, satu lagi lembaran sejarah penting tercatat bagi komuniti penduduk India Muslim di bandar Klang, Selangor. Bersamaan dengan 1 Muharam 1431 Hijrah iaitu sambutan tahun baru dalam kalendar umat Islam, berlangsung majlis gilang-gemilang sempena meraikan kejayaan pembinaan Masjid India Selatan Klang dengan imej baru yang lebih moden.
Lebih istimewa, majlis perasmian pembinaan semula masjid tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang kemudian memberi nama baru iaitu Masjid India Muslim Tengku Kelana.
Jika disingkap sejarah lama, masyarakat India Muslim yang berhijrah ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah membina sebuah masjid di bandar Klang seawal tahun 1890.Kemudian pada tahun 1904, sebuah bangunan telah dibina dan berfungsi sebagai rumah ibadat yang dinamakan Masjid India Selatan Klang. Ia ditadbir oleh sekumpulan masyarakat India Muslim yang bermazhab Hanafi diketuai oleh saudagar R.M Pakir Mohamed.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Semula Masjid India Selatan Klang, Profesor Datuk Dr. Mohamed Haniffa Abdullah, masjid tersebut boleh dikatakan mempunyai hubung kait yang rapat dengan keluarga diraja Selangor.Ini kerana ujar beliau, pada tahun 1920-an, tapak masjid itu telah dikurniakan secara rasminya kepada seorang saudagar terkenal, R.E Mohamed Kassim oleh Sultan Selangor kelima, Sultan Ala'eddin Suleiman Shah iaitu nenda kepada Sultan Sharafuddin.
Menurutnya lagi, R.E Mohamed Kassim yang merupakan ketua masyarakat India Muslim (Al-Hasanatul Jariatul Islameya) pada waktu itu telah mentadbir masjid tersebut dengan penuh tanggungjawab sebelum meninggal dunia pada tahun 1931. Di atas perkenan sultan, jenazah Allahyarham dimakamkan bersebelahan masjid.
Meneruskan bicara, Mohamed Haniffa berkata, pada tahun 1974, masjid ini telah dibina semula dan diuruskan oleh Abdul Gafoor K.A Peer Mohamed. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah merasmikan pembukaan masjid itu pada 30 Ogos 1974.
Pasar Besar Klang
Sumber photo klanghistory.blogspot.com

Wednesday 19 February 2014

Jamal Samidin Kembali Ke Rahmatullah.

 Jamal Samidin Dalam Kenangan
 Sdra Jamal Samidin telah kembali kerahmatullah pada kira kira jam 7.30 malam 19 Februari 2014. Beliau berumur 69 tahun merupakan penjaga gol pasukan bolasepak Kampung Padang Jawa diawal 70an serta merupakan salah satu tonggak memajukan sukan ini. Ramai dikalangan bekas pemain bolasepak, rakan rakan, sahabat handai hadir kerumah beliau dan memberikan penghormatan terakhir serta menyembahyangkan jenazah beliau.

Jenazah allahyarham telah dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Padang Jawa. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang orang beriman. Al Fatihah .......Amin.   

Friday 7 February 2014

Pengajian Fardhu Ain Di Rumah Imam Masjid Padang Jawa Allahyarham Hj Ismail b Hj Hassan Dahulu dan Sekarang.

Dahulu Era 80an dan 90an
Di rumah Imam Masjid Padang Jawa di Jalan Berangan 2 Allahyarham Tn Hj Ismail b Hj Hassan telah membuat kelas Fardhu Ain untuk mengajar anak anak, cucu cucunya, saudara mara beliau serta jiran tetangganya. Saya masih ingat kata kata beliau "Aku telah mengajar kepada penduduk kariah di Masjid Padang Jawa' bagaimana pula anak,cucu, saudara serta jiran tetanggaku. Aku buat rumah ini bukan sahaja untuk kediaman tetapi aku ingin menyampaikan ilmu agama yang ada pada ku." 

Kepada pembaca blog ini khususnya warga Kampung Padang Jawa yang ingin bersama dalam majlis kuliah fardhu ain adalah di jemput hadir di Lot 603 Jalan Berangan pada setiap hari Ahad malam Isnin selepas solat maghrib. 

Sekarang Era New Mellinium
Mulai Disember 2013 setelah lebih 10 tahun Tn Hj Ismail b Hj Hassan meninggal dunia waris dan kaum keluarganya telah bermufakat untuk menghidupkan semula suasana belajar agama yang diasaskan oleh Allahyarham Tn Hj Ismail. Oleh kerana keturunannya tidak mempunyai kelayakkan dalam bidang agama maka kami amat berbangga dengan generasi muda anak anak kelahiran Kampung Padang Jawa sekarang yang mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut.

Gambar diatas adalah sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah.