Thursday 27 March 2014

Bika Talago di Bukit Tinggi, Indonesia

Trip kedua saya ke Bukit Tinggi/Padang pada 23/3/2014 tiada banyak bezanya jika dibandingkan dengan kali pertama ketempat yang sama pada Mac 2012. Cuma kali ini tiada banyak gambar yang saya rakamkan kerana kamera saya mengalami kerosakkan. Cuma beberapa keping gambar ditempat membuat lempeng kelapa dan lempeng pisang.
Gambar dibawah ini adalah adunan pisang,tepung dan kelapa manakala yang satu lagi adalah adunan tepung dengan kelapa
Adunan tadi akan dimasukkan kedalam periok tanah dilapik daun pisang (lihat gambar).
Tn Hj Nasaruddin dan saya sedang memerhatikan dari dekat pekerja memasukkan adunan lempeng tersebut kedalam periok tanah dan di bakar.
Yang menariknya lempeng tersebut dimasak dengan bara kayu api kulit manis didalam satu lagi periok tanah dan diletakkan diatas periok tanah yang mengandungi adunan lempeng. Beberapa minit kemudian adunan lempeng tersebut pun masak dan sedap di makan.

Kelihatan Tn Hj Ramli dan Hj Nasa sedang membeli lempeng tersebut.

No comments:

Post a Comment