Friday 30 May 2014

Javanese Settlement - Padang Jawa

Wahai Bro Saian Asmari, Bro Khairul Zakaria dan Bro Hj Abd Aziz Barhan, sebagaimana yang saya janjikan pada posting yang lepas, saya akan kemukakan satu lagi dokumen yang ada kaitan mengenai jawa di Padang Jawa.

Sayang sekali menjadi pemimpin yang kurang arif tentang sejarah kampung sendiri.Menulis dan bercakap tanpa ada fakta yang 'proper' hanya bersandarkan pada 'hearsay' yang tidak tahu siapa periwayatnya. Kalau periwayatnya Tn Hj Mahmud seperti apa yang ditulis oleh Bro Saian Asmari dan Bro Khairul Zakaria adalah tidak betul kerana saya anak kelahiran serta dibesarkan dalam Padang Jawa, masih bernafas lagi pernah mendengar cerita ini daripada Tn Hj Mahmud sendiri.Jelas sekali kedua dua penulis ini ada membuat penokok tambah,olahan dan pengurangan pada penceritaan Tn Hj Mahmud. Sumber penting yang disebut oleh Tn Hj Mahmud dalam penceritaan nya adalah datangnya daripada bapanya Tn Hj Ahmad. Bro Saian dan saya tidak pernah kenal dan melihat wajah Tn Hj Ahmad.

Berikut adalah satu dokumen yang tidak pernah terfikir keujudannya oleh kepimpinan Padang Jawa khususnya Bro Saian Asmari, Bro.Hj Aziz Barhan dan Bro Khairul Zakaria yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia.Saya berikan tajuknya dan rujukan supaya Bro bro dapat membuat kajian dan memperbaiki tulisan anda.   
Javanese Settlement – Padang Jawa
(No.rujukan: 1957/0128272; Jenis Bahan: Fail; Negeri:IBU PEJABAT
    

Wednesday 21 May 2014

Majlis ilmu di rumah bekas Imam Masjid Padang Jawa, Allahyarham Hj Ismail Hj Hassan.

Kepada pegunjung blog ini yang tinggal di Padang Jawa di jemput hadir pada majlis ilmu yang akan di adakan di rumah bekas Imam Masjid Padang Jawa, Allahyarham Hj Ismail b Hj Hassan pada tarikh,masa dan tempat seperti tertera pada pamplet dibawah ini :-


Monday 19 May 2014

Susur Galur Keturunan Tok Pakar Peneroka Awal Kampung Padang Jawa,Klang.


Berikut adalah rajah susur galur keturunan Tok Pakar peneroka awal Kampung Padang Jawa Klang . Saya hanya sempat menyusun sehingga generasi ketiga dan sebahagian daripada generasi keempat. Walaupun tidak lengkap kerana kekurangan rujukkan namun saya berharap kepada keluarga dalam carta ini yang masih mengingati leluhur mereka sila hubungi saya untuk membuat pembetulan.Insyaallah saya akan cuba habiskan penyelidikan sehingga generasi keenam (setakat yang saya ketahui). Saya juga akan mempamerkan keturunan Tok Tahir, Hj Sulaiman.

Kepada Ketua Kampung di kedua dua daerah Padang Jawa khususnya Bro Saian Asmari dan Bro Hj Abd Aziz Barhan serta Bro Khairul Zakaria saya mencabar untuk kamu sediakan keturunan Jawa yang kamu agung agungkan.


Kelemahan Ketara Pemegang Jawatan Tok Tok Ketua Di Kedua Daerah/Bahagian Padang Jawa Dalam Penceritaan Asal Usul Orang Jawa di Kampung Sendiri.



Saya membaca tulisan Bro Saian Asmari dan Bro Khairul Zakaria pada profil di kedua dua daerah Kampung Padang Jawa dalam blog JKKK masing masing. Saya juga pernah mengikuti rencana dalam youtube mengenai soalan soalan yang di tanyakan kepada Bro Abd Aziz Barhan.

Secara peribadi saya mengenali Bro Saian Asmari dan Bro Abd Aziz Barhan tetapi tidak dengan Bro Khairul Zakaria mungkin beliau lebih "junior". Saya juga mengenali keluarga ketiga tiga mereka ini. Mereka ini memanglah keturunan jawa, dua daripada tiga mereka ini menulis diblog sejak 2009 tanpa membuat apa apa kajian secara akademik dalam isu siapa peneroka awal dikampung sendiri dan mereka tidak peka pada tulisan oleh penulis penulis yang lebih awal menulis daripada mereka seperti :- Tn Hj Zainal Hj Hassan,Ketua Kampung Padang Jawa yang Kedua dalam bukunya Bab 20. Kedatangan Datuk Ku 1953, S.Durai Raja Singam pada bukunya Malayan Places Names t.t.p Singapore 1957, h 1891; Iskandar, Kamus Dewan, h 791, Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Petaling. (2007). Shah Alam: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Twentieth century impressions of British Malaya: Its history, People, Commerce, Industries, And Resources  Oleh, Arnold Wright dan yang lain lain lagi.

Saya hanya menulis dari sudut ingatan dan pandangan saya sejak 6 Mac 2012,hendak memberikan sedikit ‘flashback’ sejarah Kampung Padang Jawa kepada warganya. Setidak tidaknya untuk mengingati orang yang benar-benar memberi sumbangan dan jasa kepada anak/warga kampong secara ‘organic’ dan akhirnya faham bagaimana pimpinan terdahulu menggunakan asas kukuh dan berbangga dengan pimpinan masing-masing.

Kepimpinan kampung dikedua dua bahagian di Padang Jawa jika ingin mempromosikan kejawaan mereka, perlulah mengkaji segala dokumen yang berkaitan dengan orang jawa di kampung sendiri. Saya pernah mengikuti satu video tentang soalan soalan yang ditujukan kepada Tn Hj Abd Aziz Barhan mengenai penerokaan kampung ini. Jawapan Tn Hj Abd Aziz Barhan…..setahu saya daripada orang dulu dulu adalah orang jawa …………….mungkin datang daripada laut di Pelabuhan Klang.   

Betapa ceteknya pengetahuan seorang pemimpin. Kalau ditanya siapa orang dulu dulu itu?. Tak ada siapa yang tahu. Sirah Nabi Muhammad SAW ada periwayatnya setelah lebih 1400 tahun kewafatannya seperti buku Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, Sejarah Lengkap Kehidupan Nabi.

Malangnya kisah kedatangan orang jawa ke Kampung Padang Jawa tidak ada periwayat. Wahai Bro Saian Asmari, Bro Khairul Zakaria dan Bro Hj Abd Aziz Barhan,bagaimanakah hendak megenepikan atau menidakkan tulisan tulisan orang orang terdahulu daripada anda yang saya sebutkan seperti diatas.

Kedatangan orang orang jawa daripada Nusantara atau Kepulauan Jawa kemudiannya menjadi Indonesia semestinya datangnya daripada laut. Tn Hj Abd Aziz tahukan dulu belum ada Indonesian Air, MSA, Mas, GarudaAir, Merpati Air, Air Asia dan sebagainya. Dari Port Klang ke Padang Jawa naik apa? Masa itu belum ada Selangor Railway, Federated Malay State Railway, KTM dan KTMB. Juga belum ada Jalan Batu Tiga Lama atau Federal Highway. Cuma yang ada Sungai Klang menjadi highway tetapi tak pernah saya jumpa dalam sejarah tertulis kedatangan orang jawa dengan sampan ke kampong ini. Mungkin ada prewang yang boleh bawa mereka terbang dan mendarat di tanah lapang dekat setesen keretapi lama. Ha ha ha.

Di tulisan yang lain saya akan kemukakan satu lagi dokumen khusus di tulis mengenai penempatan orang jawa di Padang Jawa yang tidak pernah dikaji oleh kepimpinan dikedua dua bahagian Padang Jawa kerana mereka tidak tahu dokumen itu ujud dan dimana ianya berada.


Sunday 4 May 2014

Satu Petang Di Bukit Fraser

Pada 1 Mei 2014 lepas saya dan tiga rakan lagi, Sdra Jaafar Sabudin, Sdra Ishak Puspakom dan Tn Hj Nasharuddin Abrahim ke Kuala Kubu Baru melawat jenazah abang pada Tn Hj Ramli Salleh yang meninggal kerana sakit tua. Selepas sembahyang zohor dan jenazah di Masjid Ar Rahimah kami menuju ke Bukit Fraser. Dari Kuala Kubu Baru menggambil masa kira 1 jam 15 minit perjalanan 30 kilometer mendaki bukit.

Setelah memandu 6 kilometer daripada Kuala Kubu Baru, kami nampak melihat Empangan Sungai Selangor yang meghadapi kekurangan air dalam takungan kerana fenomina cuaca panas yang panjang menyebab berlaku krisis air di Negeri Selangor.
 Jalan menuju keBukit Fraser berbengkang bengkok, tak nampak rumah pun kerana kawasan ini adalah hutan simpan kekal dan sudah pasti kiri dan kanan jalannya hanyalah hutan tempat macam macam monyet, ungka dan unggas lain. Jalannya sunyi kerana tak banyak kenderaan.

Selepas menunaikan Solat Ashar diMasjid Sultan Mahmud diBukit Fraser kami pun mula menurun bukit pulang ke Andalas Klang.