Monday 19 May 2014

Kelemahan Ketara Pemegang Jawatan Tok Tok Ketua Di Kedua Daerah/Bahagian Padang Jawa Dalam Penceritaan Asal Usul Orang Jawa di Kampung Sendiri.



Saya membaca tulisan Bro Saian Asmari dan Bro Khairul Zakaria pada profil di kedua dua daerah Kampung Padang Jawa dalam blog JKKK masing masing. Saya juga pernah mengikuti rencana dalam youtube mengenai soalan soalan yang di tanyakan kepada Bro Abd Aziz Barhan.

Secara peribadi saya mengenali Bro Saian Asmari dan Bro Abd Aziz Barhan tetapi tidak dengan Bro Khairul Zakaria mungkin beliau lebih "junior". Saya juga mengenali keluarga ketiga tiga mereka ini. Mereka ini memanglah keturunan jawa, dua daripada tiga mereka ini menulis diblog sejak 2009 tanpa membuat apa apa kajian secara akademik dalam isu siapa peneroka awal dikampung sendiri dan mereka tidak peka pada tulisan oleh penulis penulis yang lebih awal menulis daripada mereka seperti :- Tn Hj Zainal Hj Hassan,Ketua Kampung Padang Jawa yang Kedua dalam bukunya Bab 20. Kedatangan Datuk Ku 1953, S.Durai Raja Singam pada bukunya Malayan Places Names t.t.p Singapore 1957, h 1891; Iskandar, Kamus Dewan, h 791, Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Petaling. (2007). Shah Alam: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Twentieth century impressions of British Malaya: Its history, People, Commerce, Industries, And Resources  Oleh, Arnold Wright dan yang lain lain lagi.

Saya hanya menulis dari sudut ingatan dan pandangan saya sejak 6 Mac 2012,hendak memberikan sedikit ‘flashback’ sejarah Kampung Padang Jawa kepada warganya. Setidak tidaknya untuk mengingati orang yang benar-benar memberi sumbangan dan jasa kepada anak/warga kampong secara ‘organic’ dan akhirnya faham bagaimana pimpinan terdahulu menggunakan asas kukuh dan berbangga dengan pimpinan masing-masing.

Kepimpinan kampung dikedua dua bahagian di Padang Jawa jika ingin mempromosikan kejawaan mereka, perlulah mengkaji segala dokumen yang berkaitan dengan orang jawa di kampung sendiri. Saya pernah mengikuti satu video tentang soalan soalan yang ditujukan kepada Tn Hj Abd Aziz Barhan mengenai penerokaan kampung ini. Jawapan Tn Hj Abd Aziz Barhan…..setahu saya daripada orang dulu dulu adalah orang jawa …………….mungkin datang daripada laut di Pelabuhan Klang.   

Betapa ceteknya pengetahuan seorang pemimpin. Kalau ditanya siapa orang dulu dulu itu?. Tak ada siapa yang tahu. Sirah Nabi Muhammad SAW ada periwayatnya setelah lebih 1400 tahun kewafatannya seperti buku Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, Sejarah Lengkap Kehidupan Nabi.

Malangnya kisah kedatangan orang jawa ke Kampung Padang Jawa tidak ada periwayat. Wahai Bro Saian Asmari, Bro Khairul Zakaria dan Bro Hj Abd Aziz Barhan,bagaimanakah hendak megenepikan atau menidakkan tulisan tulisan orang orang terdahulu daripada anda yang saya sebutkan seperti diatas.

Kedatangan orang orang jawa daripada Nusantara atau Kepulauan Jawa kemudiannya menjadi Indonesia semestinya datangnya daripada laut. Tn Hj Abd Aziz tahukan dulu belum ada Indonesian Air, MSA, Mas, GarudaAir, Merpati Air, Air Asia dan sebagainya. Dari Port Klang ke Padang Jawa naik apa? Masa itu belum ada Selangor Railway, Federated Malay State Railway, KTM dan KTMB. Juga belum ada Jalan Batu Tiga Lama atau Federal Highway. Cuma yang ada Sungai Klang menjadi highway tetapi tak pernah saya jumpa dalam sejarah tertulis kedatangan orang jawa dengan sampan ke kampong ini. Mungkin ada prewang yang boleh bawa mereka terbang dan mendarat di tanah lapang dekat setesen keretapi lama. Ha ha ha.

Di tulisan yang lain saya akan kemukakan satu lagi dokumen khusus di tulis mengenai penempatan orang jawa di Padang Jawa yang tidak pernah dikaji oleh kepimpinan dikedua dua bahagian Padang Jawa kerana mereka tidak tahu dokumen itu ujud dan dimana ianya berada.


No comments:

Post a Comment