Friday 20 March 2015

Rokiah Wandah Dengan Lagu Bulan Ditutup Awan

Seronok bila mendengar lagu lama nyanyian Rokiah Wandah 
 Rokiah Wan Dah atau Rokiah Wanda merupakan seorang penyanyi dan juga pelakon Melayu sekitar 1940an dan 12950an yang sering mendendangkan lagu lagu di radio Malaya. .Beliau dilahirkan di Jalan Abdul Rahman, Muar Johor.. Nama sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. Wanda adalah nama timangan bagi suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi, yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil. Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang, Melaka dan beberapa negeri lain di Malaya Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka, dan Seri Rani Opera, di Singapura


Noraniza Idris dalam wajah baru lagu Bulan ditutup Awan yang dipopularkan oleh Rokiah Wandah



 

Wednesday 18 March 2015

Blog JKKK Padangjawaklang Dah Berkubur ke?

Saya cuba memasuki laman JKKK Padangjawaklang.com tapi tak boleh. Adakah dalam senggaraan ke atau dah berkubur? Mungkin Tok Ketua dan para panglimanya dah letih ...........atau berminat menceburi pada bidang lain. Kesian......... siapalah nak ganti jawatan itu Tok

Alah buat pening kepala buat apa, lebih baik layan youtube……..Hiburan!!!!!!!!!! Hore Hore.



Sejarah Kampung Padang Jawa - Siapa Pinda Fakta Peneroka Kampung Padang Jawa. Mari kita Lihat Kebenarannya

 Sebelum 2008 - Pertukaran Pentabiran Kerajaan Negeri Selangor

1 Sejarah
Kampung Padang Jawa adalah sebuah kampung yang terletak di antara 2 Bandar besar iaitu Bandar Klang dan Shah Alam. Jaraknya dari Klang lebih kurang 7 km dan dari Shah Alam 5 km. Kampung ini terbahagi kepada dua pentadbiran daerah iaitu Klang dan Petaling yang mana sempadan diantara kedua daerah terletak dikampung ini. Kampung ini juga boleh dianggap sebagain salah sebuah kampung yang tertua di dalam Daerah Klang yang mana wujud sejak tahun 1880.


Menyingkap kembali sejarah kelahiran kampung ini, dari pencerita Tuan Hj Ahmad bekas imam Masjid Padang Jawa bahawa kampung ini telah wujud kira – kira pada tahun 1880. Dua orang adik beradik yang dikenali dengan nama Tok Mohd Tahir dan Tok Pakar telah datang membuka kampung ini. Mereka berasal dari Kuala Langat (Bandar @ Bandau). Pada asalnya kampung ini terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu kawasan Kampung Berangan (sekarang dikenali Kawasan Jalan Berangan), Kawasan Telok Benta (Sekarang dikenali sebagai Kawasan Jalan Tegas) dan Padang Lalang (sekarang dikenali sebagai Sg. Rasah Dalam @ Kulon).

SUMBER: eKlang komuniti. http://www.pdklang.gov.my/kampung.asp?kgID=16&kgIDSub=1   http://hembusan.blogspot.com) 


2.Kampung Padang Jawa

Kampung ini adalah antara kampung tertua yang terdapat didalam daerah Petaling dan telah wujud sejak tahun 1880 lagi. Kawasan ini dibuka oleh dua beradik, iaitu Tok Mohd Tahir dan Tok Pakar. Tidak dapat dipastikan bagaimana nama 'Padang Jawa' itu diberikan, tetapi dipercayai ada kaitannya dengan masyarakat berketurunan jawa yang secara majoriti mendiami kawasan tersebut.


Sumber _ - Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Petaling. (2007). Shah Alam: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.(  ( Kitab Tawarikh 2.0 http://harithsidek.blogspot.com)

 Selepas 2008 - Pertukaran Pentabiran Kerajaan Negeri Selangor

3.Sejarah Kampung. (Versi Pertama) (Profail Kampung)

Sebagaimana dilain-lain tempat yang mempunyai sejarah silam, kampung ini juga tidak ketinggalan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebenarnya kampung ini telah wujud lebih daripada 130 tahun yang lalu. Lebih kurang sama umurnya jika dibandingkan dengan wujudnya Bandar Diraja Klang. Pada masa lalu kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang mana nama-nama tersebut telah dilupai oleh generasi masa kini. Diatas usaha Ketua Kampung untuk mencari maklumat, maka sedikit sebanyak telah dapat mencungkil sejarah silam permulaan kampung.
Kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, terdiri daripada Padang Jawa, Padang Lalang, Sungai Rasau, Kg. Berangan, Teluk Benta dan Batu Gajah. Mula diteroka oleh seorang Jawa yang berasal dari Jawa Tengah Indonesia bernama Wak Kairan. Allahyarham adalah seorang pendekar yang terkenal dengan ilmu persilatan, gagah berani dan kekuatannya amat sukar ditandingi. Dari sumber yang diperolehi dari cerita-cerita Allhyarham Hj. Mahmud bekas imam masjid, Wak Kairan inilah yang mula-mula meneroka kampung ini dengan menebas, membersihkan segala hutan-hutan dan semak samun. Jika dalam kamus jawa, PADANG bererti membersih atau menerangkan kawasan dan telah dilakukan oleh seorang JAWA. Maka oleh kerana itu, kampung ini telah diberi nama Padang Jawa. Setelah era kemerdekaan, kawasan-kawasan ini dijaga dibawah satu jagaan ketua kampung dengan menggunakan nama Kampung Padang Jawa. Bermula tahun 80an, apabila berlaku persempadanan semula daerah, kampung ini terbahagi kepada 2 bahagian. Sebahagian dikenali sebagai Kampung Padang Jawa Daerah Klang yang diketuai oleh seorang Ketua Kampung dan yang sebahagian lagi dikenali sebagai Kg. Padang Jawa Daerah Petaling dan diketuai oleh seorang Ketua Kampung juga. Sempadanny ialah Jalan Besar Padang Jawa Klang.
 

4. SEJARAH KAMPUNG PADANG JAWA PETALING (Versi kedua) ((Profail Kampung)

Kampong Padang Jawa ini merupakan kampong yg tertua didaerah Kelang dan Petaling dimana ianya telah wujud sejak tahun 1880 lagi, bermakna ia telah berumur lebih satu abad lamanya.Menyingkap kembali kewujudan kampong ini yang diceritakan oleh Tuan Haji Mahmud bin haji Ahmad yang merupakan bekas Imam Masjid Padang Jawa bahawa kampong initelah wujud sekitar tahun 1880 lagi.Menurut beliau dua orang adik beradik yang dikenali dengan nama Tok Mat Tahir dan Tok Pakar telah datang untuk membuka kawasan penempatan,, mereka berdua berasal dari Kuala Langat (Bandar atau Bandau).Pada asalnya kampong ini terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu kawasan kg.Berangan
Sumber http://padangjawapetaling.blogspot.co. ( Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling )


Komen Saya. 

1.Membuka/dibuka/teroka Kampung Padang Jawa 
 
1.1 Penulis terdahulu di para 1 dan 2 sebelum Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008, konsisten dengan siapa yang membuka/dibuka/teroka Kampung Padang Jawa adalah Tok Pakar & Tok Tahir.

1.2 Penulis selepas Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008 telah ada perubahan tentang siapa yang memnbuka/dibuka/teroka Kampung Padang Jawa. Lihat tulisan Sejarah Kampung. (Versi Pertama)padangjawapetaling.blogspot.co. ( Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling ) di para 3 "Mula diteroka oleh seorang Jawa yang berasal dari Jawa Tengah Indonesia bernama Wak Kairan." 

1.3. Diblog yang sama pada SEJARAH KAMPUNG PADANG JAWA PETALING (Versi kedua) menyatakan "Menurut beliau dua orang adik beradik yang dikenali dengan nama Tok Mat Tahir dan Tok Pakar telah datang untuk membuka kawasan penempatan" tetapi penceritanya telah bertukar.
 
2.Terdapat perubahan pencerita:-

2.2 Dari sumber:eKlang komuniti sebelum Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008 di para 1 menyebut :- Menyingkap kembali sejarah kelahiran kampung ini, dari pencerita Tuan Hj Ahmad bekas imam Masjid Padang Jawa.

2.3 Petikan tulisan daripada padangjawapetaling.blogspot.com(Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling pada Sejarah Kampung (Versi Pertama) selepas Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008 menyatakan "Dari sumber yang diperolehi dari cerita-cerita Allhyarham Hj. Mahmud bekas imam masjid"

2.4 Begitu juga daripada blog yang sama dipara 4 pada SEJARAH KAMPUNG PADANG JAWA PETALING (Versi kedua) menyatakan "Menyingkap kembali kewujudan kampong ini yang diceritakan oleh Tuan Haji Mahmud bin haji Ahmad yang merupakan bekas Imam Masjid Padang Jawa"

3. Setahu saya Iman Masjid Padang Jawa yang pertama adalah  Tn Hj Ahmad. Beliau meninggal pada tahun 1955. Anaknya ialah Tn Hj Mahmud bin Hj Ahmad dilantik menjadi Imam masjid selepas kematian bapanya.

Sudah tentu sibapa akan menceritakan/disampaikan kepada anaknya dengan pengetahuan yang isi terkandung cerita turun temurun.

3.2 Bagaimana penulis baru membuat percangahan daripada sumber pencerita satu keturunan keluarga dengan dua isi kandungan yang berlainan? Lihat isi kandungan percanggahan di antara Sejarah Kampung di Versi 1 dan Versi 2 di padangjawapetaling.blogspot.com.(Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling.

Monday 16 March 2015

Sejarah Kampung Padang Jawa - Kata Tok Tok Ketua Kat Kampungku Ada 2 Setesen Keretapi, Satu Kat Dalam Kampung dan Yang Satu Lagi Berhampiran Jambatan dihujung Kampung.

Dalam Blog Tok tok ketua kat kampung ku ada menceritakan 2 setesen kereta api, satu dalam kampung dan yang satu lagi berhampiran  Jambatan Belly Connaught kat hujung kampung.Mari kita tengok apa yang mereka tulis. 

Dari blog Tok Ketua Padang Jawa Petaling menyatakan :-

Stesen Kereta Api.
"Dizaman era empat puluhan terdapat 2 stesen kereta api dalam kampung ini kerana ditengah-tengah kawasan kampung ini menjadi laluan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor. Satu stesen terletak dimana sekarang ini dijadikan kawasan rumah kediaman kakitangan KTM. Satu lagi stesen, terletak di penghujung kampung berhampiran Jalan Conought Bridge."

Ini pula tulisan daripada Tok Ketua Padang Jawa Klang :-

Stesen  Kereta Api.
"Dizaman era empat puluhan terdapat 2 stesen kereta api dalam kampung ini kerana ditengah-tengah kawasan kampung ini menjadi laluan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor. Satu stesen terletak dimana sekarang ini dijadikan kawasan rumah kediaman kakitangan KTM. Satu lagi stesen, terletak di penghujung kampung  berhampiran Jalan Conought Bridge."

"Stesen Keretapi Padang Jawa.Stesen perhentian untuk penumpang dan juga sebagai tempat memuat dan memunggah barang bagi keretapi yang dikenali Keretapi Barang. Pada waktu itu stesen tersebut amat penting sebagai perhubungan dari bandar ke bandar. Waktu itu juga hanya keretapi sahajalah sebagai  kenderaan pengangkutan yang paling mudah. Dikendalikan oleh seorang Stesen Master yang tinggal di kuaters berhampiran."

Stesen Keretapi berhampiran Jambatan Baily Connought Bridge.
 "Stesen ini sebagai tempat persimpangan kereta untuk menghala ke Kuala Selangor dan ke-Klang. Pada masa ini jalan keretapi yang menghala ke-Kuala Selangor telah ditutup memandangkan tidak ekonomi dan  tidak diperlukan lagi. Juga dijadikan sebagai tempat perhentian penumpang. Kini kawasan tersebut terbiar dan sebahagian kawasan telah diteroka yang mana sekarang ini dikenali sebagai Kawasan Seri Kenangan."

Komen saya. Lihat dan Baca dengan Teliti.

1. Dari tulisan Tok Ketua "Sebenarnya kampung ini telah wujud lebih daripada 130 tahun yang lalu"

2 Petikan tulisan Tok Ketua "Dizaman era empat puluhan terdapat 2 stesen kereta api dalam kampung ini"
Fakta Tok tok Ketua memang tak betul. Semuanya karut dan khayalan!!!!!!!!!!!! Tok tok ketua dan panglimanya dikedua bahagian ini sebenarnya tak tahu sejarah kampung sendiri. Malu Tok ......Kisah Wak Kairan yang Tok tok ketua agungkan hanya berlaku "Dizaman era empat puluhan" sahaja.

Mari kita tengok tulisan tulisan Tok Tok Ketua di kedua dua bahagian Padang Jawa bercakap pasal Wak Kairan. Ini tulisan mereka bukan tulisan orang lain.!!!!!!!!!!!
"Seorang Pendekar yang mempunyai ilmu persilatan yang sangat tinggi serta gagah berani. Mempunyai tenaga yang amat  luar biasa dan pernah bertarung dengan musuhnya dikawasan stesen keretapi selama tujuh hari tujuh malam tanpa berhenti rehat.Dari sumber yang diperolehi,beliau mampu menarik dan memberhentikan keretapi yang sedang bergerak."

3.  Nampak benar Tok Tok Ketua kat kampungku dan panglima panglimanya tak tahu sejarah kampung sendiri. Sedar tak Tok Tok Ketua dan panglimanya kat kampungku bahawa Setesen Keretapi Bukit Kuda telah di tutup lama pada 1890.Dah tak berfungsi lagi. Zaman itu Datuk, Emak dan Bapak kita belum lahir lagi. Saya hanya sempat melihat tapak setesen tersebut diera 50an. Yang anehnya Tok Tok  Ketua tulis "Dizaman era empat puluhan" Tak mengaku lagi saya katakan semuanya karut dan khayalan!!!!!!!!!!!!.

 4. Para Pembaca blog ini dan warga Padang Jawa kena faham kenapa saya menyatakan tulisan Tok Tok Ketua dan para panglimanya adalah karut dan khayalan semata mata kerana terdapat banyak percanggahan yang mereka sendiri tulis. Untuk lebih memahami akan setesen keretapi ini rujuk tulisan saya diblog ini  "Bukti Wujudnya Setesen Keretapi Padang Jawa, Peranan Dan Fungsinya" 12 Mac 2015, "Postmark - Peranan & Fungsi Setesen Keretapi Padang Jawa" 12 Mac 2015 dan "Setesen Keretapi Bukit Kuda" 12 Mac 2012


Tok Tok  Ketua dan Panglima Panglimanyakat kampuingku  bolehlah baca info dibawah ini. 
________________________________________________________________________

Setesen Keretapi Bukit Kuda, Jambatan Connaught, Dan Setesen Keretapi Padang Jawa.

1. Setesen Keretapi Bukit Kuda,
Perkhidmatan keretapi  diantara Setesen Kuala Lumpur hingga Stesen Bukit Kuda bermula pada 15 September1886
Setesen Keretapi Bukit Kuda ditutup 4 tahun kemudian pada 1890 kerana terbinanya Jambatan Connaught juga pada tahun yang sama..
 Perasmian Setesen Keretapi Bukit Kuda
2. Jambatan Keretapi Connaught. 

Apakah makna Jambatan Connaught.

.Diberi nama Jambatan Connaught ini sempena orang yang melakukan perasmiannya oleh Duke Of Connaught pada tahun 1890.

Jambatan Connaught adalah jambatan keretapi pertama yang merentasi Sungai Klang.Ianya siap dibina oleh Selangor Goverment Railway pada  1890 bagi memboleh perkhidmatan keretapi Kuala Lumpur - Klang.. Beberapa bulan kemudian barulah ada perkhidmatan Kuala Lumpur terus ke Port Swettenham.

"The Bridge was named after the Duke of Connaught who first declared I opened in 1890. It was the first railway bridge over  the Klang River on the branch line connecting Kuala Lumpur with Port Swettenham." - The Straits Time
  Ini adalah gambar Jambatan Connaught.

Jambatan ini telah bom dan runtuh oleh tentera British dalam Perang Dunia Kedua.

"The Bridge which spans the Klang Riverwas blown up by British Forces early in January 1942." The Straits Times.


              Foto ini hakmilik National Library Board, Singapore,.Tujuan hanya memberikan pengetahuan kepada warga Padang Jawa dan para pembaca blog ini
 Kerja kerja pembinaan Jambatan Keretapi Connaught yang baru setelah dibom dalam Perang Dunia 2 siap pada tahun 1946. Dikatakan 300 orang tawanan tentera Jepun turut bekerja untuk menyiapkan jambatan ini

 "Three hundreds Japanese surrenderd personnel are still working as mechanics and fitters at the Connaught Bridge depot of the Malayan Railways. They live in a camp at  Bevelac Estate."
"The Governor of the Malayan Union  Sir Edward Gent will officially reopen Connaught Bride at Klang July 1946." - The Straits Times

 Jambatan ini sekali lagi  telah dirobohkan dan dibina yang baru untuk pembangunan moden Komuter Train pada 1995

3. Jambatan Bailey Conaught.

Aku  tiada pengetahuan tarikh asal jambatan ini di bina samada sebelum Perang Kedua atau pun lebih awal daripadanya. Samaada kena bon ataupun tidak. Setakat yang di ketahui ianya dibina oleh 130 Malays of Malaya Engineer Squadron, Royal Engineers dalam jangkamasa 48 jam 2 September1952.

"Klang 480 foot Connaught Bridge being launch on Saturday.It was contructed in 48 hours by 130 Malays of Malaya Engineer Squadron, Royal Engineers". - The Straits Times

 Dibawah ini ditunjukkan gambar Jambatan Keretapi Connaught dan Jambatan Bailey Connaught yang sempat aku cari.
Gambar udara diambil pada buku cenderamata pembukaan Setesen Jambatan Connaught zaman 50an Dulu bapaku ada satu naskah buku ini tapi telah dimakan anai anai.
Satu lagi permandangan Jambatan Keretapi dan Jambatan Bailey Connaught pada tahun 70an. Gambar ini diambil semasa kontraktor membuat kerja untuk Setesen Janaelektrik Jambatan Connaught. Ketika itu aku masih remaja dan bekerja diLLN Setesen tersebut.


4. Setesen Keretapi Padang Jawa.



Untuk memahami Setesen Padang Jawa sila ke entri bertajuk Bukti Wujudnya Setesen Keretapi Padang Jawa, Peranan Dan Fungsinya" 12 Mac 2015,



Rujukan 
The Straits Times 6 July 1946
The Straits Time 30 April 1947.
The Straits Time 2 September 1952 

Thursday 12 March 2015

Postmark - Peranan & Fungsi Setesen Keretapi Padang Jawa.

Apakah makna "postmark"

Tanda pos (postmark) merupakan cetakan (cop) yang dibuat ke atas surat,poskad dan bungkusan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran. Penandaan cop dilakukan oleh petugas di pejabat pos untuk membatalkan setem  ditampal ke atas barangan pos tersebut. Pada tanda pos tersebut terdapat nama tempat yang membuat tanda pos, serta tarikh pengecopan dibuat. 

Contoh Postmark.



Ni .... nak bagi tahu Tok tok ketua di kampung aku, satu lagi fungsi dan peranan Setesen Keretapi Padang Jawa diwujudkan. Setesen ini akan mengecop semua bungkusan (parcel), surat dan telegraph yang datang melalui sistem keretapi sebelum dihantar kealamat yang dinyatakan. Sistem postmark ini telah dilaksanakan di Setesen Keretapi Padang Jawa pada tahun 1906. Lihatlah buktinya dibawah ini.



BRITISH COMMONWEALTH POSTMARK

SELANGOR
  • Ampang 1913
  • Bangi 1910
  • Banting 1911 2n49 101e30
  • Batang Berjuntai 1917 3n23 101e25
  • Batu Arang 1918 3n19 101e28
  • Batu Caves 1906 3n14 101e40
  • Batu Laut 1930 2n41 101e30
  • Batu Road Kuala Lumpur 1908
  • Batu Tiga 1903
  • Beranang 1927
  • Brickfields Road Kuala Lumpur 1926
  • Bukit Rotan 1938
  • Gap 1902
  • Jeram 1909
  • Kalumpang 1909
  • Kapar 1909
  • Kepong 1910
  • Kerling 1918 3n35 101e36
  • Klang 1881 3n02 101e27
  • Kuala Kubu Bharu 1931 3n34 101e39
  • Kuang 1922
  • Kwala Kubu 1890
  • Kwala Langat 1889
  • Kwala Lumpur 1882
  • Kwala Selangor 1890 3n21 101e15





  • Padang Java 1906
  • Pengkalan Kundang 1930
  • Petaling 1905
  • Port Swettenham 1911 3n00 101e23
  • Puchong 1914
  • Pudu 1914
  • Pulau Ketam 1932
  • Rasa 1903
  • Rawang 1890 3n19 101e35
  • Sabak 1896 3n46 100e58
  • Salak South K.L. 1908
  • Semenyih 1913 2n57 101e51
  • Sentul 1913
  • Sepang 1894 2n42 101e45
  • Serendah 1893
  • Station Street K.L. 1912
  • Sungei Ayer Tawar 1931
  • Sungei Besi 1895
  • Sungei Buloh 1910
  • Sungei Choh 1915
  • Sungei Pelek 1937
  • Sungei Way 1911
  • Telok 1930 2n49 101e31
  • Ulu Langat 1929
  • Ulu Yam 1904 3n27 101e38
  • Vallambrosa 1914

Rujukan :- British Commonwealth Postmark Oleh Robert S Cragg