Monday 27 April 2015

Al Fatihah - Allahyarhamah Rohana Rahmat, Allahyarham Husin dan Allahyarhamah Hartini.

 Puan Rohana Rahmat 65 tahun telah meninggal dunia dirumah anaknya diKajang 26 April 2015 kira kira jam 12 malam. Jenazah allahyarhamah telah di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Jawa pada 27 April 2015.

Sebelum ini saya juga telah dimaklumkan bahawa Tn Hj Husin (adik arwah Pak Abu Kedai) telah meninggal dunia. Begitu juga dengan Sdra Zaharin Md Yunus (Ayin) yang kematian isterinya Allahyarham Hartini. Ucapan Takziah kepada kedua dua keluarga mereka dan semoga sabar dan tabah menghadapi ujian Allah.
Semuga rohnya mereka yang saya nyatakan diatas ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin.

Wednesday 8 April 2015

Wajah wajah Ketua Kampung Padang Jawa Yang Kedua - Allahyarham Tn Hj Zainal bin Hj Hassan


Tuan Hj Zainal bin Hj Hassan  telah dilantik sebagai Ketua Kampung yang kedua menggantikan Tuan Hj Salleh b Ramdan sekitar tahun 50an kerana keuzuran penyakit tua. Tuan Hj Salleh Ramdan meninggal dunia kalau tak silap saya dalam tahun 1955.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1915 di Kampung Berangan Padang Jawa.  (sekarang ini Jalan Berangan ) Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Klang pada 1923 sehingga 1929 setelah  tamat darjah 5 . Pada tahun 1930 beliau telah ditawarkan menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, Klang hingga 1934. Pada sebelah petang beliau mengajar di kelas dewasa di   Masjid Padang Jawa secara sukarela. Beliau juga mempunyai bakat sebagai tukang gunting rambut. Beliau juga menjalankan perniagaan kedai runcit dan Rumah Asap Getah dikampung ini

Tuan Hj Zainal bin Hj Hassan merupakan pengasas Sekolah Umum Kampung Padang Jawa. Setelah dilantik menjadi Ketua Kampung beliau telah berazam untuk mendirikan sebuat sekolah di tempat kelahirannya. Berkat usaha girih beliau beserta rakan-rakannya sekampung maka terdirilah sebuah bangunan kayu secara gotong-royong bersama penduduk –penduduk pada tahun 1954. Guru yang pertama mengajar disekolah tersebut adalah Cikgu Kassim b Makmur juga seorang kelahiran Kampung Padang Jawa.  
 
 Sekolah Umum Kampung Padang Jawa (photo 1966)

Cikgu Kassim bin Makmur, guru yang pertama mengajar diSekolah tersebut (photo 1968)

Wajah wajah Tuan Hj Zainal bin Hj Hassan
                                                                                                                
                                               Gambar 1936                      Gambar 1942

 Gambar 1949

 
                                            Gambar 1949                              Gambar 1968  

Bahan Rujukkan :- Menuscript Hj Zainal b Hj Hassan 1953.