Sunday 17 May 2015

Al Fatihah - Siraj Meninggal Dunia.

Al Fatihah

Allahyarham Siraj (Mokhtar) 72 tahun telah meninggal dunia pada hari Sabtu 16 Mei 2015 kira jam 3 petang di rumahnya di Jalan Mat Raji. Jenazahnya telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Padang Jawa pada petang hari tersebut.

Beliau merupakan penyokong setia Pasukan Bolasepak Padang Jawa dalam tahun 70an. Takziah kepada keluarganya. Semoga rohnya cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Amin.




Wednesday 13 May 2015

Al Fatihah - Yunus Othman ( Aris) Kembali ke Rahmatullah

Al Fatihah - Allahyarham Yunus Othman telah meninggal dunia petang semalam 13 Mei 2015. Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Padang Jawa pagi hari ini untuk dimandikan,dikafankan dan disembahyangkan seterusnya dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Padang Jawa. Semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman. Amin.

Sunday 10 May 2015

Sunday 3 May 2015

Aqiqah Untuk Cucuku

Pasangan anak menantuku Nur Afiza Hani dan suaminya Sollehuddin Ahmad serta Aslah dan suaminya Mohd Rashimi Ahmad Razali telah membuat aqiqah untuk anak anak mereka di kediamanku pada 3 Mei 2015.
Dua ekor kambing  yang disembeleh dan dilapah
Selain kambing di panggang ada juga makanan lain yang dihidangkan
 Atuk kena layan para tetamu
 Para tetamu memenuhi semua ruang yang ada. Daripada khemah, ruang tamu dan ruang dapur.