Monday 15 June 2015

Ramadan - Okes Sinar Murni, Mari Bersembahyang - Al mizan Dan Kewajiban Solat - Baginda.







Keluarga Hjh Shamsiah Hj Hassan Dan Hj Ismail Kudari


          Allahyarhamah Hjh Shamsiah                  Allahyarham Hj Ismail Kudari           






Gathering Anak Cucu Hj Ismail Hj Hassan Jun 2015 di Lot 603 Jalan Berangan Padang Jawa Klang

Ayahanda kami Allahyarham Hj Ismail bin Hj Hassan meninggal dunia pada pada 5hb Syaaban 1998. Boleh dikatakan setiap tahun dalam bulan syaaban kami anak,cucu,cicit keturunan Allahyarham Hj Ismail Hj Hassan dan Hjh Kamsiah Mahmud akan berkumpul dirumah dirumah Ibu, solat jemaah, membaca yasin dan bertahlil dan beramah mesra dengan keluarga besar ini.

Sunday 14 June 2015

Satu Bukti Kg Berangan, Padang Jawa Telah Di Buka Oleh Tok Pakar. Kemudian Datang British Buat Jalan Kereta Api serta Setesen Keretapi. Cerita Cerita Pasal Wak Kairan Yang Di Sebarkan Oleh Segelintir Orang Orang Jawa Di Kampung Padang Jawa Itu adalah Karut Sahaja.

Apa yang ingin saya perkatakan adalah sebaran cerita mulut segelintir orang orang jawa di Padang Jawa kononnya  Wak Kairan buka dan beri nama Padang Jawa. Segelintir orang orang  Jawa di Padang Jawa ini memang tak tahu atau buta sejarah akan kedatangan orang orang jawa ke Selangor. Persoalan yang perlu orang orang jawa di Kampung Padang Jawa ini jawab adalah, adakah British atau Orang Jawa datang ke Selangor ini.? Ibarat pepatah Melayu menyatakan kalau tak ada gula manakan ada semut.Kalau ianya betul orang jawa yang buka Padang Jawa mana buktinya?.

British ada bahan bukti yang ditinggalkan.Apabila Tanah Melayu merdeka pada 1957 maka semua rekod British diambil/di kumpulkan dan disimpan oleh Pemerintah Yang Memerdekakan Tanah Melayu  dan sekarang ini di tadbir oleh ARKIB NEGARA. 

Setesen Keretapi Padang Jawa yang dulunya berhadapan dengan Kampung Berangan.Kampung ini telah diterokai pertama kalinya oleh Tok Pakar bukannya Wak Kairan.Bila Wak Kairan ini datang?

Rekod daripada Arkib Negara yang ingin saya tunjukkan adalah persempadanan tanah reserve Station Keretapi Padang Jawa dengan reserve tanah orang kampung. Kampung Berangan ini telah wujud terlebih dahulu daruipada pembangunan jalan keretapi oleh British pada 1886..

Tajuk     :Forward tracing showing the village reserve and railway station reserve  at Padang Jawa. Lokasi   :Ibu Pejabat  
No.penerimaan / No rujukan : 1957/0152294 
 Sumber : SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PEJABAT


Satu lagi yang saya nak tunjukkan pada segelintir orang orang jawa ini dan warga Kampung Padang Jawa adalah cara pentadbiran British nak buat station keretapi di Kampung Padang Jawa. Bukan nya omong omong kosong seperti yang disebarkan oleh segelintir orang jawa di Padang Jawa yang dipenuhi kekarutan konon nya Wak Kairan yang minta dengan British.


Tajuk            :Proposed Railway reserve - Padang Jawa Railway Station
Lokasi         : IBU PEJABAT
No.Penerimaan/No.Rujukan  1957/0130937
Sumber  : SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PEJABAT

Rujukan - Arkib Negara Malaysia.

Friday 5 June 2015

Hebat Orang Ini - PELOPOR PUISI MELAYU MODEN - Mohammad Yasin Maamor.


 Mohammad Yasin Maamor atau nama samarannya PUNGGOK 1910 - 1971

Mohammad Yasin Maamor adalah adik beradik kepada Allahyarham Cik Ku Kassim (Guru yang pertama mengajar di Sekolah Umum Kg Padang Jawa 1955), Allahyarhamah Saerah ( Isteri kepada Imam Masjid Padang Jawa Ke 3, Ustaz Manan Hj Jamin) dan Allahyarhamah Hanipah ( Rumah yang Pertama sebelah kiri Jalan Tegas, berhadapan dengan Surau).

Saya pernah bertemu sekali dengan orang hebat ini Allahyarham .Mohammad Yasin Maamor yang kami panggil Pak Hitam Yasin ketika umur saya masih remaja sekitar 19 tahun kira kira dalam tahun 1969 atau pun 1970. Allahyarham tidak merokok. Beliau menasihatkan kami bagaimana beliau menabung dengan memasukkan duit yang dianggap membeli rokok kedalam tabung. Pada masa itu sekotak rokok amat murah dibandingkan sekarang. Sekotak rokok adalah dibawah satu ringgit.

Sepanjang yang saya ketahui Tok Pakar orang pertama datang dan meneroka Kampung Berangan Padang Jawa. . Kemudian di ikuti oleh Tok Tahir, Hj Sulaiman, Jamin, Maamor dan keluarga Hj Ahmad ( Imam Pertama Padang Jawa). Mereka ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat melainkan keluarga Hj Ahmad. Harta peninggalan mereka dan cucu cicit mereka masih ada lagi sehingga hari ini.

Saya tidak dapat mencari maklumat lebih jauh mengenai Maamor kerana beliau meninggal dunia diawal kurun 19 dan orang orang tua di Padang Jawa pun sudah tiada lagi untuk dibuat rujukkan. Walau bagaimana pun mengikut ibu saya Hjh Kamsiah bt Mahmud (masih ada lagi berumur 86 tahun) memberitahu saya bahawa isteri Maamor adalah adik kandung kepada Hj Sulaiman. 

   Pungguk atau nama sebenarnya Mohammad Yasin Maamor 

Pelopor Puisi Melayu Moden

Dua buah sajak yang dipercayai paling awal ditulis di Tanah Melayu adalah :-

(a) " Angan angan Dengan Gurindam"oleh Omar Mustaffa; tersiar dalam UtusanMelayu , 18 Januari 1913; dan
(b’’Ditengah Segara’’ hasil pena Pungguk Ia diterbitkan oleh dalam ’’Majalah Guru’’ Jilid 10, 12 Disember 1933, yang merupakan penerbitan oleh sekumpulan guru yang berada di Maktab Perguruan Sultan Idris.
 
Pungguk atau nama sebenarnya Muhammad Yassin bin Maamur telah dilahirkan 18 September 1910 di Brickfields, Kuala Lumpur. Sewaktu berusia enam tahun, dia kehilangan ayah. Semenjak itu dia tinggal bersama ibu dan abang-abangnya. Pada peringkat awal pendidikannya, Pungguk sering bertukar sekolah kerana mengikut lbu clan abang-abangnya. Pada tahun 1928 beliau telah lulus darjah V dengan mem-peroleh kelulusan yang terbaik bagi seluruh negeri Selangor. Dari tahun 1929 hingga 1931 Pungguk telah menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Sewaktu berada di maktab inilah beliau telah berkenal rapat dengan penulis-penults yang sedang menuntut di MPSI pada waktu itu seperti Abdullah Sidek dan Ibrahim Haji Yaakob. Beliau gemar membaca akhbar, majalah serta buku-buku, baik di dalam negeri mahu pun dari Indonesia. Di maktab inilah juga muncul hasrat Pungguk untuk menjadi pengarang.

Sesudah lulus dari MPSI, Pungguk mengajar di beberapa buah sekolah seperti Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuala Lumpur, Sekolah Melayu Beranang, Sekolah Melayu Beranang Hill; Sekolah Melayu Banting, Kuala Langat dan Sekolah Melayu Tanjung Karang iaitu dari tahun 1932 hinggalah 1956. Mulai tahun 1958 hingga tahun 1965, Pungguk telah dilantik sebagai guru pelawat Sekolah-sekolah Melayu Da-erah Ulu Langat. Di samping menjadi guru, Pungguk juga menjadi pengarang Majalah Guru pada tahun 1932. Pada tahun 1934, beliau telah menjadi ketua pengarang Majalah Guru.

Minat Pungguk terhadap dunia penulisan telah bermula sejak menuntut di MPSI lagi. Penulisannya meliputi pelbagai genre seperti puisi, cerpen, rencana, clan cerita-cerita bersiri yang tersiar dalam Majalah Guru dan aklabar Majlis. Pembicaraan tema clan persoalan dalam karya-karya beliau, terutama dalam cerpen dan novel berkisar di sekitar cinta clan kahwin paksa, moral clan pengaruh moden, kisah biasa dalam masyarakat dan soal politik, ekonomi dan nasionalisme orang Melayu (1988: 493). Beliau telah menggunakan berbagai-bagai nama samaran selain daripada Pungguk dalam dalam dunia penulisan. Antaranya, Keris Melayu, Malim Deman, Pengarang, Pensel Biru, Pujangga, dan Tanah Emas.

Meskipun penulisannya meliputi pelbagai genre, namun signifikannya penulis ini ialah kerana beliau dimartabatkan sebagai pelopor puisi Melayu moden. Hampir semua peneliti berse¬tuju dengan hakikat itu. Menurut Usman Awang dan Ismail Ahmad :

"Majalah yang mempelopori penyairan sajak Melayu baru ini ialah Majalah Guru dan, penyair yang dianggap mempelopori penulisan puisi moden ini ialah Punggok. Ia bertindak sebagai penyambung di antara puisi lama dengan puisi baru. Ia tidak menolak bentuk lama. Ia sekadar menggunakan fungsi pembayang sebuah pantun dan dengan demikian Pungguklah yang merentangkan titian penyeberangan penulisan pantun ke tebing penulisan sajak" (1981: 2).

Sepanjang penglibatannya di dalam dunia puisi, Pungguk telah menghasilkan sebanyak dua puluh buah puisi. Walaupun secara relatif, jumlah ini tidaklah banyak sebagaimana yang hasilkan oleh penyair-penyair kemudian namun sumbangannya kepada dunia puisi khususnya dan dunia kesusasteraan Melayu umumnya amat bermakna dan berharga. Ini kerana beliaulah yang telah mempelopor tradisi penulisan puisi Melayu moden di Malaysia.

Sebanyak lima buah puisi terawal telah disiarkan dalam Majalah Guru pada bulan Mac tahun 1934 iaitu, `Keluh-kesah',’Selalu Merayu’, `Tak Disangka-sangka', ‘Pujukan Hati', dan ‘Ibuku’ selain dari puisi pertamanya bertajuk "Di Tengah Segara" yang tersia pada tahun 1933. Ini diikuti dengan puisi-puisi beliau yang lain.


Di Tengah Senggara
Di dalam gelombang hambur-menghambur
Kudengar seru sayup bahasa
Hatiku lebur bagaikan hancur
Hendak kurenang beta tak bisa
Tuan mengeluh menanggung nestapa
Kudengar turut sama bersedih
Meski kurenang takkan berjumpa
Segara berpuaka – teluk beralih
Dengar sahaja doa kupohonkan
Kepada Allah Yang Maha Kaya
Allah menolong jiwa telapakkan
Sampai ke tepi selamat bahagia.
Punggok (Muhammad Yassin bin Maamur)
Majalah Guru, Jilid 10, 12 Disember 1933

Oh ibuku

Wahai ibuku wahai bondaku
Mengapa tak tidur mengapa dukacita?
Malam siang panas dan sejuk.

Ayuhai anakku, ayuhai puteraku!
Mendidik kau terang dan gelita
Puas dinyanyi jemu dipujuk.

Hai Azab bonda mengasuh beta
Makan minum sekalian dicega
Menyelamatkan anak ‘kan jadi manusia
Itulah ibu terus berkata:
Lindungan ibu sebagai mega
Lelahan ibu hilang upaya.

Ibu, ibu Makhota negeri
Besumpahlah anakanda dalam dunia
Membela pelihara akan bondaku.

Anakanda, anakanda mastika puri
Selamatlah engkau dalam bahagia
Siratkan niatmu sebagai biku.
Punggok (Muhammad Yassin bin Maamur)
(Majalah Guru, Mac 1934.)
Keluh Kesah

 Waktu senja burung terbang
waktu adinda bersedih cita
hancur dan lebur di kalbu abang
sedihkan adik panah dewata

Waktu dinihari malam yang sunyi
waktu kanak-kanak kehilangan ibu
abang meratap berbagai bunyi
merindukan adik bernyala di hati

Waktu subuh menyingsing di angkasa
waktu tabuh bersahut-sahutan
abang termimpi berbagai rasa
adik disangka hanyut di lautan

Waktu labut menyambut siang
waktu makhluk bangun bekerja
abang terlalai waktu sembahyang
asyikkan adinda intan durja
Punggok (Muhammad Yassin bin Maamur)
(Majalah Guru, Mac 1934.)


Persoalan cinta kepada insan yang bukan sejenis dengannya juga turut terpancar dalam puisi-puisi ciptaannya pada waktu itu. Ini sesuai dengan umur penyair pada masa itu yang berada di dalam lingkungan 20-an. Perasaan cinta yang kian kuat menggugahnya itu cuba ditahan dan dipujuknya agar tidak menurut nafsu. Ini dinyatakan oleh penyair dalam sajaknya:

Tenang, hatiku tenang! Tahankan tangis ratapmu,
Istimewa keluh kesahmu,
Membuat akalku tenggelam berenang.

Bersih otakku bersih!
Usah dimimpi yang jauh masih,
Walau pun kata oh ... kasih!
Rosak jantungku pertemuan selisih.
(Majalah Guru, 1934)

Pungguk juga turut mengabadikan persoalan yang berkisar di sekitar peribadinya dalam puisi-puisi ciptaan beliau terutama tentang kehidupan rumah tangganya yang semakin goyah.

Oh Tuhan ..,!
Anugerahilah cintamu
Ke dalam sanubari segenap ronggaku
Sudah bertahun aku tersemu
Sesak nafas lidahku kelu

Oh Tuhan ...!
Siramlah rahmatmu
Ke liang jantung segala hatiku
Ku sambut dengan suka hati
Ku pelihara ... cinta berahi
( “Oh Tuhan”, Majalah Guru, Julai 1936)

Selain persoalan tentang cinta dan kasih sayang terhadap sesama manusia, penyair juga mengungkapkan rasa kekagumannya terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan. Keindahan alam ciptaan Tuhan itu dibandingkan pula dengan seorang gadis cantik :

Indahnya alam dijadikan Allah
Sungai laut asyik terdedah
Bukit gunung tinggi dan rendah

Mergastua unggas dan manusia
Kayu kayan rumput rampai
Hijau kuning biru terampai
Udara angin berkisar bersepai
Manusia pahit tawar nikmat.
(“Indahnya”, Majalah Guru. Ogos, 1936.)

Persoalan tentang nasionalisme digarap oleh penyair dalam puisinya

MERDEKA ... MERDEKA ... MERDEKA
Berkorban dengan harta dan kekayaan
Berkorban dengan hati dan perasaan
Berkorbanlah dengan jiwa dan kematian

446 tahun mendung hitam diangkara
matahari gelap disaput mega
mendayu-dayu ombak di Selat Melaka
tergendong Gunung Tahan walau tinggi
kekeringan muara air tak memenuhi
malang sial hamba Tanah Melayu diratapi
Oh ... jadi hamba ditindasi…
( “Merdeka ... Merdeka ... Merdeka Bingkisan Merdeka, 1957)


Gaya Perpuisian Pungguk

Kedua-dua pengaruh, tradisi dan moden sama-sama mewarnai puisi-puisi ciptaan Pungguk. Puisi-puisi Pungguk menjadi garis pemisah antara puisi Melayu lama dan puisi Melayu moden. Namun begitu pengaruh tradisi masih menjelma dalam puisi-puisi ciptaannya. Paduan antara warisan tradisi dengan pengaruh moden jelas menjadi citra puisi-puisi Pungguk.

Dari segi pengaruh tradisinya, puisi-puisi Pungguk masih memperlihatkan kesan pengaruh pantun dan syair. Ini antaranya dapat dilihat pada aspek rima dan bentuk serta bahasa.
                                                           Waktu senja burung terbang
                                                           Waktu adinda bersedih cita
                                                           Hancur dan lebur di kalbu abang
                                                           Sedihkan adik panah dewata
                                                           Waktu dinihari malam yang sunyi
                                                           Waktu kanak-kanak kehilangan ibu
                                                           Abang meratap berbagai bunyi
                                                           Merindukan adik bernyala di kalbu.
                                                        (“Waktu Senjakala”, Majalah Guru, Julai 1935.)

Berdasarkan petikan puisi di atas, jelas sekali rima hujung puisi tersebut menyamai rima hujung pantun iaitu abab. Dari segi struktur binaan atau bentuk pula dapat dilihat bahawa puisi di atas terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap dengan mempunyai 8-12 suku kata sebagaimana struktur pantun dan syair. Cuma bezanya dalam pantun, dua baris teratas sebagai pembayang dan dua baris berikut sebagai maksud, sedangkan dalam puisi di atas keseluruhan barisnya membawakan maksud. Struktur binaan yang sama juga turut terdapat dalam puisi berikut:
                                                        Termenung aku di pantai berida
                                                        Memandang ombak menderu-deru
                                                        Jantungku sedih mengenang adinda
                                                        Cintaku terkobar darahku terharu
                                                    (Adindaku Sayang, Majalah Guru, Julai 1936)

Unsur-unsur menonjol dalam puisi-puisi ciptaan Pungguk.

Ternyata Pungguk cuba memberikan kelainan dalam puisi-puisinya dengan melarikan diri daripada pengaruh tradisi yang sekian lama membelenggu dirinya. Justeru itu dapatlah dilihat kelainan dalam puisipuisi Pungguk khususnya dan sudut rima hujung dan struktur binaannya. Ini misalnya dapat dilihat dalam petikan puisi berikut:

                                                           Ayuhai rindunya Wahai sedihnya
                                                           Beta tanggungkan
                                                           Hati yang sayu
                                                           Kalbu yang pilu
                                                           Dakutangisku... dakuangankan...!
                                                           “Selalu Merayu”, Majalah Guru, Mac 1934.

Berdasarkan puisi di atas, dapat dilihat bahwa rima hujnngnya tidak lagi sama seperti pantun dan syair sebaliknya bebas. Begitu juga dengan struktur binaannya yang tidak lagi tenikat kepada struktur binaan puisi-puisi Melayu tradisional. Demikian juga dengan puisi di bawah ini:

                                                            Indahnya alam dijadikan Allah
                                                            Sungai laut asyik terdedah
                                                            Bukit gunung tinggi dan rendah
                                                            Mergastua unggas dan manusia
                                                            Kayu kayan rumput rampai
                                                            Hijau kuning biru terampai
                                                            Udara angin berkisar bersepai
                                                            Manusia pahit tawar nikmati.
                                                        (“Indahnya”, Malalah Guru, Ogos 1936)

Antara Cerpen Pungguk atau Muhammad Yasin Makmuradalah :-Cerpen Kesedihan Perkahwinan Paksa, cerpen ”Kerana Ringgit Bercerai Kasih” dan “ Keris Panjang Keris Pendek Hulubalang-hulubalang Melaka” (Warta Ahad, 7 Jul. 1940)

Berita Muhammad Yasin Ma'amor atau nama samarannya PUNGGOK didada akhbar 
Berita Harian 27 September 1965
 Berita Harian 20 Januari 1967
   
                                             Al Fatihah
Berita Harian, 11 July 1971, Page 12

              PUNGGOK :-
                                         PENYAER
                               YANG

                               BERJASA
                                              PADA
                                              DUNIA
                               PUISI..

                                                                 Oleh.Usman Awang

[JUMA'AT, 2 Julai, 1971. Pintu hayat-nya tertutop dan sa-orang pujangga Melayu  yang memberikan suatu jalan kapada kehidupan puisl moden meninggalkan kita untok sa-lama-nya di-bawah genangan ayer mata ke-luarga-nya.

Muhammad Yassin bin  Ma'amor dalam perjalanan puisi Melayu moden menuliskan nama-nya PUNGGOK  wafat dalam usia 67 tahun 9 bulan 14 hari.

Sejarah remaja-nya bermula dari awal Januari 1928 menjadi guru pelateh dan Januari 1929 hingga akhir Disember 1931 di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim Dan semenjak itu ia dalam dunia perguruan sa-hingga-lah bersara bulan September 1965

Di lahirkan pada 18 September 1910 di Brickfield, Kuala Lumpur, penyaer ini berasal dari waris  Biduanda, Waris Datu Engku Ulu Langat, Selangor. Puisi-nya ada-lah belain rasa yang sa-pintas lalu ada-lah alun perasaan muda berchinta , tapi pada hakikat-nya sa-penoh sedar dalam kemampuan zaman. Punggok merakam chita2 zaman-nya yang memerchikkan api penentangan dan anti penjajahan Inggeris.
Memikat
Sa-telah bersara menetaplah Punggok di Beranang dan kegemaran-nya paling utama ia-lah memikat balam. Barangkali ada kaitan aneh yang rahsia bagi penyaer ini dalam mengambil nama Punggok sa-bagai 


nama pena-nya dengan chinta-nya yang mendalam terhadap burung balam. Sekitar kampong-nya ia terkenal sa-bagai pemikat balam yang mengenal nilai bunyi balam dengan pemusatan rasa yang sa-lama-nya menenggelamkan dalam adun suara balam.

Lebeh dari itu pula Punggok dalam mengakhiri sisa usia-nya di-kenal sa-bagai sa-orang dukun, mengubati penyakit ghaib: kena hantu, perbuatan orang,dan kena seher. Mereka yang dating berubat terdiri dari semua bangsa.

Beberapa orang mahasiswa unibersiti pernah menemui-nya untok kepentingan kajian sasteradan ada orang Amerika juga dating menemui-nya untok membuat kajian tentang penyaer ini.Barangkali berita terakhir yang disenangi Almarhum  Punggok ia-lah Tan Sri Ghazali mengumumkan keperluan membentok AKADAMI SASTERA. Dia tidak mendengar dan tidak akan melihat akadami ini membuka tirai-nya, tetapi PUNGGOK tanpa di-sedari-nya telah ikut memberikan suatu batu asas-nya, Dan apa-kah batu nesan pusara-nya akan di-usapi angin yang membisekkan khabar bahawa penyaer PUNGGOK mendapat kehormatan dan penghargaan dari bangsa-nya?
Berangkat-lah usongan
Lahat dingin tanah terchinta-mu
Di-sini beristirehat-lah
Keliling-mu pepohonan nyanyi balam
Di-Kota Puisi terbuka sabda-mu
Kita tidak pernah berkata meminta apa
Puisi itu suara anugerah
Kekaseh setia sa-lama-nya
Beristirehat-lah
Keliling-mu dedaunan hijau
Balam menyanyikan chinta-mu
Melebarkan sayap-nya di-pusara-mu
Punggok akan bersuara,bersuara dan bersuara

 Rujukan :- 
Pelopor Puisi Melayu Moden - Abd Razak Kassim 
Berita Harian 27 September 1965
Berita Harian 20 Januari 1967
Berita Harian, 11 July 1971, Page 12