Wednesday 2 September 2015

Siapa yang Kata Wak Kairan Yang Teroka Kampung Padang Jawa? - Kenyataan Tn Hj Selamat Hj Abdul Rashid Daripada Meru.

Saya baru saja melawat kematian seorang rakan daripada Seri Sedeli, Andalas pada hari ini 2/9/2015. Saya bertemu dengan sesaorang yang tidak saya kenali yang ada kaitan dengan simati diSurau Darun Najihin Andalas Jaya. Namanya Tn Hj Selamat Hj Abdul Rashid ( gambar dibawah) daripada Jalan Nenas, Meru Klang.Beliau berumur sekitar 80 tahun. Saya amat terperanjat apabila mendengar kisah sejarah Kampung Padang Jawa daripadanya. Beliau pun bercerita mengenai Wak Kairan yang merupakan seorang pekerja kepada seorang keluarga diraja Selangor.

Seterusnya beliau menyatakan bahawa Wak Kairan itu perompak dan penyamun serta menganggu rumah tangga orang. Siapa yang kata Wak Kairan itu hebat dan handal. Dah memang sifatnya macam gangster tentulah orang melihat sebagai hebat.

Saya pun menyelidik latar belakang orang ini. Katanya beliau bekerja di PKNS. Sewaktu mengali kubur lama di Pasir Panjang, Padang Jawa beliau merupakan orang bertanggung jawab membuat pengalian tersebut pada waktu malam bersama sama beberapa orang kampung yang beliau telah lupa namanya. Oleh kerana terdapat beberapa halangan pada kerja pengalian tersebut pihak PKNS telah memberi RM 2000.00 kepada Masjid Padang Jawa untuk membuat kenduri dan membeli kambing untuk di sembelih ditanah kubur. Namun penyembelihan kambing tidak berlaku. Beliau berkata juga bahawa terdapat beberapa serpihan tulang kecil telah di hantar ke Muzium Negara untuk diuji.Selainnya telah ditanam ditanah perkuburan Kampung Padang Jawa.Terdapat juga sebuah nisan yang lebih kurang lima kaki panjang yang cuba dikaitkan dengan kubur Wak Kairan (kerana tersebarnya cerita kononnya Wak Kairan dikatakan hebat kerana sifatnya yang disebut diatas) namun tiada bukti kukuh,yang kubur itu kubur Wak Kairan. Lagi pun Wak Kairan hadir di Padang Jawa sekitar tahun 1920 atau 1930an sedangkan Kampung Berangan telah lama wujud sebelum kehadiran Wak Kairan. Lokasi asal Padang Jawa terletak dimana wujudnya sebuah estate getah bernama Padang Jawa Rubber Estate Ltd dibuka kira dalam tahun 1898.


No comments:

Post a Comment