Monday 26 October 2015

Construction Of A Road From Padang Jawa Station To Klang River

Kepada JKKK Padang Jawa Klang dan JKKK Padang Jawa Petaling saya nak bagi satu info sejarah dalam Kampung Padang Jawa agar tuan/puan dapat kaji pada 1901 dimanakah "Construction Of A Road From Padang Jawa Station To Klang River". Manakah jalannya?

 Saya tak reka cerita dan bukan omong omong kosong atau jual temberang macam para panglima panglima pentadbiran dikampung aku tulis.. .

Saya kembar info tersebut untuk anda mengkajinya.



Tajuk               :          Construction Of A Road From Padang Jawa Station To Klang River
Kategori         :           REKOD DAN ARKIB AWAM
Subkategori   :           REKOD-REKOD NEGERI
Sumber           :           SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PEJABAT
Tarikh            :           27 APR 1901
Jenis Rekod   :           DOKUMEN
No Penerimaan:        1957/0097837W 



Rujukan : Arkib Negara Malaysia

Thursday 15 October 2015

Kata kata.

Kata kata,     

                       1."Saya Sepatutnya" melambangkan tanggungjawab.

                       2 "Saya Mungkin" melambangkan harapan.

                       3 "Saya Akan"  melambangkan cita cita

                       4 "Saya Cuba" melambangkan keberanian

                       5 "Saya Boleh" melambangkan keyakinan

                       6 "Saya Telah" melambangkan kejayaan

Manakala kata kata,

                       1 "Saya Tidak Boleh" melambangkan pengunduran

                       2 "Saya Tidak Akan" melambangkan kekalahan

Deric Jonson mengungkapkan" Satu daripada musuh utama dalam hidup seorang insan ialah angan angan yang menyatakan esok masih ada lagi berbanding hari ini."

Wednesday 7 October 2015

Hari Atok Dan Nenek





Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperke­nalkan Hari Datuk dan Nenek disambut buat pertama kali di negara ini pada 4 Oktober 2015 yang lepas.

Hari Datuk dan Nenek atau Grandparents Day yang diilhamkan bersama oleh pihak kementerian dan Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia (Usiamas) itu akan menjadi acara tahunan disambut pada setiap Ahad minggu pertama dalam bulan Oktober.  

“Hari Datuk dan Nenek telah di- sambut pertama kalinya di Poland pada tahun 1964, diikuti dengan beberapa negara lain termasuk Singapura. Pihak kementerian amat berbesar hati menjayakan inisiatif Usiamas ini untuk turut menyambut hari istimewa itu di negara ini 

Ibadah Korban di Lot 603 Jalan Berangan Kampung Padang Jawa Klang

Hari Raya Aidiladha tahun ini Zulhijah 1436 amat bermakna bagi kami keturunan Hj Ismail Hj Hassan dan Hjh Kamsiah Mahmud kerana dapat meneruskan usaha usaha muafakat dan kasih sayang yang diajar oleh kedua ibu bapa kami dengan pakatan adik beradik dan ipar duai mengorbankan dua ekor lembu di rumah kelahiran kami di Padang Jawa. Lebih mengembirakan ibu kami dengan kehadiran anaknya sekeluarga yang bermastautin di Kota Kinabalu turut serta. Daging lembu tersebut telah diagih agihkan kepada fakir miskin. jiran jiran kami serta peserta korban dikalangan kami adik beradik dan keluarga.
Harapan Untuk Tahun Hadapan Dapat Diadakan Dengan Lebih Meriah.

Bergambar dengan isteri di pagi raya

 

Dua ekor lembu akan dikorbankan di Lot 603 Jalan Berangan, Kampung Padang Jawa, Klang.
Ibu dan adikku melihat sembelihan lembu korban.

Anak, menantu, cucu cucu ku serta anak anak saudara dan cucu cucu saudara ku seronok menggambil bahagian kerja kerja korban.  
Adikku Halimah juga turut serta menyaksikan sembelihan tersebut.


Adikku Mohd Said (bertopi biru) sedang menumbangkan lembu untuk disembelih, manakala Sulaiman (berbaju merah) bersedia untuk menyembelih lembu tersebut.
Dua ekor lembu yang telah disembelih
Hjh Salmiah Hj Ismail, Suliman Hj Ismail dan Hj Idris Hj Ismail
Aksi Halim Jarudi
 The Next Generation of Hj Ismail Hj Hassan And Hjh Kamsiah Mahmud
Penat dan Haus Mengerjakan Lembu
Dua Beradik Mengerjakan Kepala Lembu. Exotic bahagian telinga, hidung, dagu, mata dan lidah lembu. Beri Kepada Chef Yang Mahir Untuk Memasaknya - Wow tentu sedap dimakan.
Bab ini yang paling malas nak buat. Tapi Along Suhadah is the right person to do?