Sunday 22 November 2015

Sumbangan Amal Di Padang Jawa

Puan Hjh Zainab Mat Drus telah menyayampaikan fidiah puasa ibunya Pn Hjh Singah Zaman kepada dua keluarga yang kurang mampu di Padang Jawa. Pn Hjh Singah berumur 97 tahun tidak dapat menjalankan ibadat puasanya sepanjang ramadan lalu kerana telah terlalu uzur, maka beliau telah mengeluarkan sedikit hartanya membeli beras untuk membuat fidiah bagi mengantikan puasanaya.


Walimatul Urus Di Rumah HJ Alias Hj Ismail , Lot 621 Jalan Mat, Pada 21 November 2015 Raji









Thursday 19 November 2015

Sertai Ramah Mesra Deepavali Di TNB

Saya sempat meluangkan masa bertemu rakan rakan pesara dan mereka yang masih berkhidmat pada Majlis Ramah Mesra Deepavali anjuran TNB pada 19hb November 2015.

 Bersama Sdra Megat Mohd Amir dan Sdra S Kandasamy.

Thursday 5 November 2015

Innalillahiwainna ilaihirajiun - Abd Manaf b Mat Raji Meninggal Dunia.



Al Fatihah.

Allahyarham Abd Manaf bin Mat Raji (Man Raji) telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang kira kira jam 12.05 tengah malam hari Khamis 5hb November 2015. Allahyarham telah dimasukkan ke wad Hospital Kajang pada hari selasa 3/11/2015 kerana mengidap penyakit kencing manis.

Jenazahnya telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi, Selangor kira kira jam 11pagi 5hb November 2015. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman. Amin.

 Pusara Allahyarham Abd Manaf Mat Raji di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Gambar kenangan bersama Allahyarham Abd Manaf Mat Raji pada majlis reunion bekas pemain pemain bolasepak Padang Jawa pada 2011.

Monday 2 November 2015

Lagi Bukti Kewujudan Setesen Keretapi Padang Jawa lebih awal dari 1900.

Saya pernah menulis mengenai Setesen Keretapi Padang Jawa dengan bertajuk " Bukti Wujudnya Setesen Keretapi Padang Jawa, Peranan Dan Fungsinya " serta " Postmark - Peranan & Fungsi Setesen Keretapi Padang Jawa " pada 12 Mac 2015.

Setesen Keretapi Padang Jawa telah berfungsi lebih awal dari 1900. Rencana yang saya tulis pada 12 Mac 2015 itu mengenai setesen ini dibuka pada 1904 berdasarkan ingatan saya zaman kanak kanak mengunakan perkhidmatan keretapi untuk berulangalik pergi dan pulang dari sekolah di Klang.

Berikut saya kembarkan satu lagi bukti yang saya dapati daripada Arkib Negara.:-

Tajuk              :           Resignation Of Mr K Chellapah, Station Master Padang Jawa
Kategori         :           REKOD DAN ARKIB AWAM
Subkategori   :           REKOD-REKOD NEGERI
Sumber           :           SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PEJABAT
Tarikh            :           9 OCT 1900
Jenis Rekod   :           DOKUMEN
No Penerimaan:        1957/0094753W
Hit                   :           3
Subjek            :           DOKUMEN  
Lokasi             :           IBU PEJABAT

Sumber : Arkib Negara Malaysia